Tarikh Tahun Baru Cina 2023 (CNY) & Cuti Tambahan Sekolah

Tarikh Tahun Baru Cina 2023 (CNY) & Cuti Tambahan Sekolah

Tarikh cuti umum dan negeri serta perkara-perkara cuti masih tertakluk kepada pindaan rasmi oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.

Tahun Baru Cina atau Chinese New Year bagi tahun 2023 akan disambut pada 22 Januari 2023 (Ahad) dan 23 Januari 2023 (Isnin) oleh masyarakat Cina di Malaysia.

Kedua-dua hari ini merupakan cuti umum bagi semua negeri di Malaysia.

Selain itu, KPM turut memperuntukkan cuti tambahan 1 hari untuk sekolah-sekolah.

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting untuk makluman semua rakyat Malaysia.

Tarikh Tahun Baru Cina 2023

  • 22 Januari 2023 (Ahad) : Tahun Baru_Cina – Semua Negeri
  • 23 Januari 2023 (Isnin) : Tahun Baru_Cina (Hari Kedua) – Semua Negeri

Adakah cuti Tahun Baru Cina jatuh pada tarikh cuti sekolah? Tidak, kerana cuti penggal 3 baru sahaja tamat. Namun, KPM memperuntukkan 1 hari cuti tambahan seperti berikut:

CUTI CNY 2023 & CUTI SEKOLAH KPM

KUMPULAN A: Cuti Tambahan CNY – 24 Januari 2023 (Selasa)

Maka, jumlah cuti sekolah bagi negeri Kumpulan A adalah seperti berikut:

KUMPULAN A : Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu

Jumlah cuti : 5 hari [ Mulai 20 Januari (Jumaat) hingga 24 Januari (Selasa) ]

*Negeri Kumpulan A: Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu

KUMPULAN B: Cuti Tambahan CNY – 20 Januari 2023 (Jumaat)

Jumlah cuti : 5 hari [ Mulai 20 Januari (Jumaat) hingga 24 Januari (Selasa) ]

*Negeri Kumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan KL, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya

Sila rujuk Takwim Persekolahan 2023 yang dikeluarkan oleh KPM di bawah.

NOTA: Ramai yang keliru kerana Tahun Baru Cina disambut 2 kali dalam satu sesi persekolahan 2022/2023 disebabkan PKP.

Sila rujuk maklumat lanjut cuti sekolah KPM bagi sesi 2023/2024 & Kalendar 2023 di sini : Takwim 2023: Tarikh Cuti Sekolah KPM & Kalendar Kuda

Maklumat lanjut takwim persekolahan terkini KPM : https://www.moe.gov.my/en/calendar

Harap Maklum.

tahun baru cina cny 2022

Apa Itu Tahun Baru Cina?

Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di seluruh dunia kerana ia menandakan kelahiran tahun baru mengikut kalendar lunar.

Tahun Baru Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama zodiak Cina (nama haiwan).

12 haiwan yang menaungi kalendar lunar ialah tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan khinzir. Setiap haiwan membawa signifikasi yang tersendiri.

Pada malam Tahun Baru Cina, semua ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai untuk jamuan makan besar bagi mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga.

Ahli-ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat masih muda.

Tradisi ini bermaksud kebahagian yang berpanjangan.

Sepanjang perayaan ini, tarian singa akan dimainkan dari rumah ke rumah untuk memberi berkat serta kesejahteraan kepada keluarga penganut.