Tarikh tebus bantuan e-Wallet RM200 untuk semua pelajar IPT

Tarikh tebus bantuan e-Wallet RM200 untuk semua pelajar IPT

 

Pelbagai jenis usaha yang telah dilancarkan oleh Kerajaan bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan sama ada dalam bentuk tunai atau e-tunai.

Salah satunya adalah Bantuan E-Tunai Belia Rahmah yang akan diberikan kepada golongan bujang dan baru-baru ini diperluaskan kepada semua pelajar IPT yang layak dengan kadar sehingga RM200.

Ikuti info lanjut mengenai Bantuan E-Tunai Belia Rahmah ;

BANTUAN E-TUNAI BELIA RAHMAH

Untuk pengetahuan anda, Kerajaan Malaysia telah bekerja sama dengan syarikat yang mengusahakan aplikasi e-Wallet seperti TouchNGo, ShopeePay, dan sebagainya.

Bantuan e-Tunai Belia Rahmah ini yang dahulunya dikenali sebagai e-Pemula dilancarkan adalah untuk mengalakkan rakyat Malaysia menggurangkan penggunaan tunai (cash) dan menggunakan e-Wallet sebagai ganti.

Bantuan ini juga dijangka akan memanfaatkan seramai 2 juta belia khususnya golongan B40 & M40.

KADAR BANTUAN E-TUNAI BELIA RAHMAH

Bantuan e-Tunai Belia Rahmah ini juga telah dinaik tarafkan sebanyak RM200 berbanding RM150.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E-TUNAI BELIA RAHMAH

Berikut merupakan syarat yang ditetapkan untuk layak mendapatkan Bantuan e-Tunai Belia Rahmah ini ;

  • Golongan Belia berumur 18 – 20 tahun
  • Meneruskan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Sebarang perubahan maklumat mengenai Bantuan e-Tunai Belia Rahmah ini akan kami kongsikan dari semasa ke semasa.

TARIKH TEBUS BANTUAN E-TUNAI BELIA RAHMAH

Menurut kenyataan “Utusan Malaysia” dan media sosial “Menteri Kewangan“. Bantuan E-Tunai Belia Rahmah ini akan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan dan boleh ditebus bermula bulan JUN depan