“Tau-tau sampai, tak heboh pun” – Ramai puji Emma Maembong diam-diam pergi mengerjakan umrah

“Tau-tau sampai, tak heboh pun” – Ramai puji Emma Maembong diam-diam pergi mengerjakan umrah

 

Baru-baru ini, individu di TikTok berkongsi video memaparkan dirinya berada di Tanah Suci, Makkah dan terserempak dengan pelakon, Emma Maembong.

Menerusi video perkongsian @zairachematt, berkongsi momen terjumpa dengan pelakon tersebut di Madinah yang di lihat sedang mendukung anaknya.

“Terjumpa Emma Maembong kat Madinah,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet berasa senang hati dengan sikap rendah diri Emma yang tidak menghebohkan kepada orang ramai bahawa dirinya akan menunaikan ibadah umrah.

“Bagus cara Emma, tak perlu heboh pun.. tau-tau dah sampai sana.

“Patutlah dalam live 2 hari lepas cakap tak live 2 minggu, senyap-senyap je dia pergi umrah, humble betul.

“Emma pergi senyap-senyap,” antara komen warganet

 

Namun begitu, ada segelintir yang menyatakan rindu untuk melihat Emma mengenakan hijab semula selepas melihat video tersebut dan memujinya cantik mengenakan jubah dan bertudung.

Tidak kurang juga ramai yang mendoakan Emma dan keluarga mendapat umrah yang mabrur.