Tayang gambar berkemban, Sharifah Sakinah undang komen lelaki gatal

Tayang gambar berkemban, Sharifah Sakinah undang komen lelaki gatal

 

Nama pelakon popular, Sharifah Sakinah sering menjadi bualan hangat netizen memandangkan dia sering terpalit dengan kontroversi hangat sehingga mencetuskan kritikan ramai.

Malah, baru-baru ini, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired meraih perhatian menarik perhatian netizen selepas memuat naik sebuah gambar berkemban di laman Instagramnya.

Dalam hantaran tersebut, aktres yang berusia 34 tahun itu berkongsi tip yang dilakukan untuk menjaga kulitnya selepas melakukan proses menggelapkan warna kulitnya menjadi coklat keperangan (tan).

“Ramai tanya macam mana untuk jaga kulit selepas menjalani proses ‘tanning’. Berjemur di bawah pancaran matahari, minum air yang banyak dan suntik vitamin C (bukan untuk memutihkan kulit),” jelasnya.

Bagaimanapun, gambar tersebut telah menerima komen berbaur lucah daripada pengikutnya yang mahu menjilat fizikal ibu seorang cahaya mata itu.

Pun begitu, komen jelik itu diselar oleh Sakinah dengan memberi amaran yang keras dan menegaskan individu tersebut akan menyesal jika berbuat sedemikian.

Sekadar info, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Aliff Adha pada 2015 namun telah bercerai pada Mei 2020. Hasil perkahwinan itu, mreka dikurniakan anak perempuan, Anais Adha, 6.

Kemudian, dia membina mahligai bersama seorang jejaka sweden. Michael Hansen tetapi, turut berakhir dengan perpisahan selepas tiga tahun bersama.