Tayang hidup mewah T20 tapi hutang keliling pinggang

Tayang hidup mewah T20 tapi hutang keliling pinggang

 

Dalam diam rupanya ada seorang selebriti wanita ini yang dilihat hidupnya serba serbi mewah, menanggung hutang yang banyak.

Kata sumber, dia ini berperangai fake’ dan tidak mengukur baju di badannya sendiri kerana mempunyai sisi hitam yang ditutup di sebalik kemewahan yang ditayang.

Paling baru sekali, rumah mewahnya itu dikatakan sudah dilelong dengan harga jutaan ringgit. Nak bayar hutang keliling pinggang agaknya.

Alhamdulillah, rumah dilelong tu pun dah terjual. Walaupun tak dapat jual harga yang dicadang, sekurang-kurangnya boleh la tutup mana-mana lubang yang ternganga tu…”

rumah mewah

Dengar cerita juga dia seronok buat majlis, gah sambut hari lahir anak tetapi dengan menggunakan duit yang dipinjam daripada kawan.

Ternyata kawan-kawan sekeliling dia ni pun boleh tahan juga mulut mencanang bercerita sana sini. Harapnya selebriti ini sedarlah yang kawan yang paling ‘bestie’ pun tak boleh dipercayai zaman sekarang ni.

Siapa eh artis ni? Gosip gosip juga, jangan lupa jalankan tanggungjawab mengundi esok!