Teks dibaca Tuan Ibrahim jadi bahan ketawa dunia di sidang COP26, PBB

Teks dibaca Tuan Ibrahim jadi bahan ketawa dunia di sidang COP26, PBB

Saya letakkan paparan berita yang disiarkan berkenaan laporan pelepasan gas rumah hijau untuk Malaysia.

Washington Post membangkitkan isu berkenaan angka yang tertera di dalam laporan BUR. Artikel itu mempersoalkan tentang laporan tersebut di mana angkanya menunjukkan hutan di Malaysia menyerap karbon 4 kali ganda lebih cepat berbanding hutan yang sama di Indonesia. Dengan angka ini, Malaysia kelihatannya seperti berjaya mengurangkan sebanyak 73% dari emisi karbon ke atmosfera pada tahun 2020 berbanding inventori tahun 2016.

Bagi para penganalisa, angka ini seperti tidak munasabah.

Menteri Alam Sekitar pula menjawab dakwaan ini dengan menyebut bahawa laporan tersebut dibuat mengikut proses dan SOP yang betul, telus, dan disemak oleh agensi yang berkaitan.

Jawapan menteri malangnya tidak menjelaskan tentang angka yang dipersoalkan. Laporan yang dibuat dengan proses yang betul tidak menjamin seluruh kandungannya adalah betul.

Bagaimana pokok di hutan Malaysia menyerap karbon 4 kali ganda lebih cepat berbanding hutan di negara lain? Itu persoalan yang perlu dijawab, bukan bagaimana laporan itu disediakan.