Teman lelaki setan, tergamak lacurkan kekasih dengan nilai semurah RM88
Sikap manusia mutakhir ini semakin menakutkan. Tambahan dengan kepesatan teknologi, pelbagai kisah yang sering dikongsikan di paparan media sosial kesan daripada penggunaaan aplikasi sosial yang tumbuh bak cendawan selepas hujan.
Terbaru sebuah kisah seorang lelaki di Pontianak, Indonesia yang didakwa menjual kekasihnya kepada pelanggan menerusi aplikasi Michat mengundang padah setelah dia ditahan oleh pihak polis pada Isnin yang lalu (7/3/2022).
Menerusi perkongsian portal Oh!Bulan, suspek yang dikenali sebagai AD dipercayai mengiklankan kekasihnya yang bakal dijadikan pemuas nafsu buat mana-mana lelaki dengan harga 300,000 rupiah (anggaran RM88.04).
Ujar Ketua Bahagian Jenayah Polis Pontianak, Indra Asrianto, suspek mula menjual kekasihnya sejak Jumaat yang lalu (4/3/2022) dan tindakan terkutuk tersebut bukan kali pertama yang dilakukan oleh suspek demi meraih wang dengan cara yang begitu senang.
AD dipercayai menggunakan beberapa identiti yang berbeza di laman tersebut bagi mencari ‘pelanggan’ dan telah menetapkan harga 300,000 rupiah (anggaran RM88.04) sehingga 500,000 rupiah (anggaran RM146.74) untuk mangsanya dipercayai bekas kekasihnya sebelum ini.
Pihak kami telah membawa suspek ke balai untuk soal siasar lanjut bagi membongkar sama ada terdapat mangsa lain dalam skim pelacuran ini.