Tempah laksa untuk 15 orang tapi nak bayar RM5 je satu kepala, jawapan peniaga laksa ini memang padu

Tempah laksa untuk 15 orang tapi nak bayar RM5 je satu kepala, jawapan peniaga laksa ini memang padu

 

Harga makanan zaman sekarang bukan murah, ditambah dengan faktor ekonomi jadi tidak terkejut jika peniaga tidak menawarkan harga rendah.

Tapi ada juga yang masih cuba merendahkah peniaga dengan menyoal tentang kos bahan untuk buat masakan yang dipesan.

Tular satu tangkap layar perbualan di antara peniaga laksa johor dan seorang pembeli yang dimuat naik Malaysia! Networks.

May be an image of ‎text that says "‎Salam :01PM PM Ada jual laksa johor ke? 1:01PM Nk order 15 org makan berapa hrga وَبَرَكَاثُهُ اللهِ وَرَحْمَةُ الشلَامُ وَعَلّيِكُمُ 1:02PM J Ada 1:02PM Rm150 Dapat set family Sesuai makan 15 org Mahal nya 1:04PM 1:03PM J Budget sy rm5 utk sorang mkn. Tak boleh dpt ke laksa johor 1:04PM Dapat3setfamily family Dapat3se Sesua makar org Maaf ni harga saya jual Mahal sgt letak hrga. Ikut kn berapa je modal tu kan? 1:05PM ا 1:06PM Aah sis saya memang jual mahal. Murah kang lambat kaya 1:06PM Maaf ya 1:06PM‎"‎

Dalam tangkap layar tersebut, pembeli dilihat bertanya harga untuk laksa johor untuk 15 orang makan.

Peniaga kemudian menyarankan pembeli untuk mengambil tiga set keluarga kerana dilihat sesuai dan berpatutan.

“RM150 boleh dapat tiga set keluarga, sesuai untuk makan 15 orang,” ujar peniaga tersebut.

Bagaimanapun pembeli dilihat terkejut kerana harganya dikatakan terlalu mahal dan pada masa sama mempersoal modal dikeluarkan peniaga tersebut.

Rupanya pembeli hanya menjangkan harganya RM5 untuk satu kepala dan jika ditambah tolak, bajet keseluruhan pembeli adalah RM75 sahaja.

“Betul saya memang jual mahal, murah nanti lambat kaya. Maaf ya,” balas peniaga dengan nada sinis.

Nak buat laksa ini renyah kalau rasa senang maka gunakan bajet yang ada untuk buat sendiri laksa, tak perlu beli.

Rata-rata netizen menyokong peniaga tersebut dan menyuruh si pembeli untuk masak sahaja sendiri di rumah.

“15 orang je. Masaklah sendiri boleh keluarga menambah 15 kali. Puas hati tahu kalau keluarga makan bertambah.

“Jenis orang berkira ni susah, sedangkan tekak sendiri yang nak makan. Kalau rasa mahal silakan buat sendiri, tak risau kalau keluarga nak makan banyak.

“Padu jawapan peniaga, saya mewakili orang buat laksa sangat setuju dengan balasan ini,” antara komen netizen.