Tengku Razaleigh anggap Pas selamanya tidak boleh dipercayai

Tengku Razaleigh anggap Pas selamanya tidak boleh dipercayai

Muafakat Nasional sebetulnya sudah lama terkubur, demikian luah veteran UMNO, YM Tengku Razaleigh Hamzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Gua Musang.

Menurutnya, tingkah laku Pas sendiri yang menyebabkan permuafakatan kononnya dibentuk atas keinginan mengembalikan kesatuan Melayu Islam di negara ini, hinggakan akhirnya menjadi antara satu sejarah besar Malaysia ketika itu bermasalah.

“Sebenarnya tidak ada (persefahaman) kalau dia dah sanggup berbeza pendapat dengan UMNO. UMNO tak mahu jadi anggota PN (Perikatan Nasional) tetapi dia nak jadi anggota PN…apa beza”, luahnya kecewa seperti dilaporkan oleh portal akhbar Sinar Harian.

Semalam negara dikejutkkan dengan berita penamaan calon melibatkan parti bersekutu di dalam kerajaan pimpinan Ismail Sabri, dimana usaha bagi mengelakkan oertembungan sesama sendiri antara UMNO BN dan Perikatan Nasional (PN) gagal mencapai kata sepakat.

Lebih mengejutkan Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dilihat sanggup membuat pusingan-U dengan mengarahkan ahli-ahlinya di Melaka mengundi calon PN, sekalipun sebelumnya telahpun berjanji akan mengundi sesiapun daripada parti penyandang kerusi.

Menurut sumber, kedua-dua parti dijangka bakal meleraikan ikatan kerjasama di dalam Muafakat Nasional sejurus selesai PRN Melaka nanti.