Terbongkar!!! Tembelang Shahidan terdedah, taat kepada presiden hanya ketika PAU 2020

Terbongkar!!! Tembelang Shahidan terdedah, taat kepada presiden hanya ketika PAU 2020

Walaupun UMNO sudah membuat ketetapan untuk memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), UMNO Perlis menegaskan akan terus ‘berkawan’ dengan parti itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata UMNO negeri itu akan terus bekerjasama dengan parti-parti lain dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) termasuk Bersatu.

Jelasnya yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), keputusan yang telah dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hanya untuk memutuskan kerjasama apabila PRU15.

Justeru, ujarnya tidak timbul isu memutuskan kerjasama sekarang.

Tidak timbul kerjasama bermusuh

“Sebagai Pengerusi PNBBC, kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam kerajaan kita ada UMNO, Bersatu, PAS, GPS, STAR dan Ahli Parlimen bebas. Semua ini rakan kongsi PN.

“Saya ingin maklumkan bahawa kita akan terus bekerjasama dengan semua parti dalam PN. UMNO ada 42 kerusi, Bersatu 18 kerusi, GPS 18 kerusi, dan lain-lain. Kita akan terus bekerjasama walaupun kita ada orang (parti) baharu menyertai kita,” katanya pada sidang media di sini, malam ini.

Malah tambah Shahidan, beliau akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada kerajaan PN sehingga PRU15.

“Saya akan beri perkhidmatan sebaiknya, apa pun keputusan UMNO, ia masa pilihan raya bukan sekarang.

“Yang jadi polemik besar itu ketika pilihan raya… kita masih berkawan (dengan Bersatu) sehingga UMNO memutuskan kerjasama ini, kita akan perhatikan nanti (bagaimana) kedudukan kita,” jelasnya lagi.

Keputusan MKT

Tambah Shahidan, UMNO Perlis mengambil pendekatan berkawan berbanding bermusuh dengan Bersatu seperti naratif yang dibawa oleh sebahagian rakan-rakan seperjuangannya dalam parti itu.

Tindakan itu jelasnya, tidak bertentangan dengan keputusan MKT, sebaliknya berpegang kepada keputusan parti itu.

“Yang saya nak bawa ke PAU2020 (Perhimpunan Agung UMNO 2020), iaitu menyokong kerajaan PN… (bagaimanapun) keputusan MKT itu kita pegang itu, cuma saya minta perkataan menolak itu diganti dengan perkataan berunding dengan kerajaan PN.

“Bila kita bertanding (dalam PRU15), PN tidak bertanding (di Perlis) dan di Perlis semua (kerusi) kita bertanding,” katanya lagi.

Pintu rundingan

Justeru ujar Shahidan, UMNO perlu membuka pintu rundingan dengan Bersatu agar Barisan Nasional (BN) dapat menang dalam PRU15 kelak.

“Perlis adalah negeri yang menang pilihanraya (PRU14), pendekatan saya cuba nak bentangkan tapi tidak dapat dalam PAU2020 baru-baru ini kerana dikatakan pendekatan politik berbeza.

“Sekarang kita kawasan Parlimen BN menang 57 kerusi, kita nak menang lagi 30 hingga 40 kerusi. Yang menang kena jaga, kalau tidak jaga nanti kita rugi, UMNO perlis kita menang dua daripada tiga Parlimen,” katanya lagi. – AA