Tercicir dalam LRT sejak Disember 2021, akhirnya gadis ini jumpa semula telefon bimbit yang hilang
Telefon bimbit telah menjadi kepentingan di masa ini dan selalu dibawa ke mana-mana, bagaimanapun dengan saiz yang kecil itu, ia membuatkan kita mudah untuk tercicir peranti tersebut.
Namun, kalau tercicir di tempat awam seperti di dalam bas atau LRT kebiasaannya memang susah untuk kita jumpa semula barangan tersebut. Selalu kalau jadi macam ni redha je..
Tapi, rezeki berpihak kepada individu ini, tular sebuah ciapan di Twitter melalui akaun @sharifahyasmiin berkenaan telefon bimbitnya yang hilang dalam jangka lebih daripada setahun di LRT telah dijumpai semula.
Y’all… 13 months ago I accidentally left my iphone on the LRT. Reported it but never heard back, so I assumed that I lost it forever. But! A few days ago RapidKL called saying they recovered it. I finally got it back today. Is this the @anthonyloke effect??
— Sharifah Yasmin (@sharifahyasmiin) January 2, 2023
Hilang sejak Disember 2021??
Menurut Yasmin, telefon bimbit tersebut telah hilang pada Disember 2021 dan dia juga telah membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai insiden itu.
Setelah 13 bulan, Yasmin memberitahu bahawa ada seorang individu yang menghubunginya memberitahu bahawa telefon bimbitnya telah dijumpai dan dia amat bersyukur.
Salam😅 actually security saya yang jumpa your iPhone. Saya supervisor officer dia. Saya yang contact you jumaat lepas. Dan saya bukan staff RapidKL😅 pic.twitter.com/7yeRLbESvT
— Aiman tajuddin (@aimanelfath) January 2, 2023
Individu tersebut yang dikenali sebagai Aiman, bekerja sebagai seorang pegawai penyelia keselamatan, telah menjumpai telefon bimbit tersebut dan berjaya menghubungi Yasmin.
“Better late, than never” – Yasmin
Aiman telah menjumpai nama Yasmin sebagai emergency contact di dalam telefon berkenaan dan dia telah bertindak untuk melalukan carian di atas talian sekali gus menjumpai nombor telefon adik Yasmin.
Namun sehingga hari ini, Yasmin masih mencuba untuk mendapat akses kepada telefon tersebut selepas dikunci kerana beberapa kali cubaan kata kunci yang salah telah dilakukan oleh orang tidak dikenali.
Difahamkan, telefon bimbit Yasmin itu telah dijumpai oleh seorang pengawal keselamatan sebuah condominium dan disebabkan dia takut dituduh atas kesalahan mencuri dia telah memberikan telefon berkenaan kepada Aiman untuk dipulangkan kepada tuannya.
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih dan kagum dengan tindakan Aiman yang amanah dalam melakukan tugas sehinggakan sanggup bantu mencari tuan kepada telefon berkenaan.
Abang ni memang terbaik lahhh!