Terdedah punca semua peguam Siti Bainun tarik diri, patutlah!

Terdedah punca semua peguam Siti Bainun tarik diri, patutlah!

 

Kes perbicaraan Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja Sindrom Down, adik Bella baru-baru telah mengejutkan orang ramai.

Ini berikutan Pengasas Rumah Bonda tersebut kini dikatakan telah ditinggalkan ‘keseorangan’ apabila kesemua peguam belanya telah menarik diri.

Pelbagai spekulasi timbul di kalangan netizen yang mempersoalkan apakah sebenarnya yang terjadi dan adakah ini bermakna kebenaran akhirnya telah terbukti?

Peguam Mahmud Jumaat telah membuat hantaran berikut di Facebooknya bagi menyatakan pendapatnya mengenai isu ini.

Siti Bainun

TARIKH PEGUAM-PEGUAM BAINUN BERTINDIH:

MAHKAMAH MALAYSIA DITUDUH TIDAK SISTEMATIK SEHINGGA MENYEBABKAN KESEMUA PEGUAM BELA TERPAKSA MENARIK DIRI?

Tersebarnya gambar Bainun bersama peguam-peguam utama dalam kes jenayah penganiayaan dan pengabaian adik Bella menjadi tanda tanya netizen secara amnya. Adakah ini satu taktik untuk menunda kes?

Sejujurnya bukan tempat saya untuk menjawab persoalan ini. Namun, apa yang diberitahu oleh pihak peguam mereka adalah terdapatnya pertindihan tarikh mahkamah dengan kes lain dan kerana itulah mereka terpaksa menarik diri.

Demi menjaga maruah institusi kehakiman Malaysia, saya rasa terpanggil untuk memberi penjelasan tentang peraturan dan prosedur yang sebenar-benarnya dipraktik oleh badan kehakiman Malaysia.

Bagi saya adalah tidak wajar untuk pihak berkenaan meuar-uarkan secara umum tentang isu ini seolah-olah melihat Mahkamah tidak sistematik dan tiada kompromi dengan menetapkan satu tarikh perbicaraan yang bertindih sehingga menyebabkan kesemua sepuluh peguam terpaksa menarik diri daripada mewakili anakguam sekaligus menyebabkan OKT tidak diwakili dan terpaksa mencari peguam pada saat awal perbicaraan kes di peringkat pembelaan.

Apa yang boleh saya katakan bahawa dengan pengalaman saya yang hanya baru 10 tahun menjadi seorang peguam, tidak pernah lagi saya diperlakukan oleh Mahkamah sebegitu.

Penetapan tarikh perbicaraan

Mahkamah mempunyai peraturan dan prosedur dalam penetapan tarikh perbicaraan yang sangat sistematik dan sangat bertolak ansur apabila dibangkitkan tentang isu pertindihan tarikh Mahkamah dalam memastikan kesemua officer of the Court dapat menjalankan tanggungjawab mereka dalam mencapai keadilan bagi semua pihak.

Sebelum mana-mana tarikh ditetapkan terutamanya tarikh perbicaraan, kebiasaan Mahkamah akan menetapkan tarikh yang lebih awal berbulan sebelum untuk memastikan tidak berlaku sebarang pertindihan tarikh dan akan menyoal setiap peguam yang ada sama ada tarikh yang mahkamah tetapkan sesuai atau tidak dengan tarikh peguam-peguam yang ada.

Adakala kita sebagai peguam terutamanya untuk kes-kes jenayah menerima kes secara mengejut sehingga ada kes yang bertindih dengan tarikh kes yang sedia ada. Pilihan yang ada sama ada kita akan menolak kes tersebut atau memohon peguam yang lain untuk mewakili anakguam tersebut buat sementara atau menghantar surat kepada mana-mana mahkamah agar tarikh tersebut dilapangkan mengambil kira terdapatnya pertindihan bagi kes tersebut agar kes yang dipertanggungjawab kepada kita pada tarikh tersebut tidak terkesan.

Mungkin pihak peguam telah mengambil langkah sewajarnya seperti di atas untuk memastikan tiada pertindihan tarikh. Namun perlu dibuktikan bahawa semua peguam-peguam yang menarik diri mempunyai masalah yang sama untuk menggunakan alasan tersebut.

Satu taktik?

Ada juga menyoal saya sama ada ini adalah satu taktik atau tidak memandangkan penarikan diri sebagai peguam adalah pilihan terakhir pihak peguam akan ambil memandangkan ianya memberi implikasi kepada perjalanan kes apatah lagi bagi kes yang telah ditetapkan bagi perbicaraan.

Ianya juga sangat berisiko. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada kes DS Najib Razak. Kes ini berlaku di Mahkamah Persekutuan dan ia akan menjadi contoh kepada mahkamah-mahkamah lain terutamanya Mahkamah Rendah yang mana kes tetap boleh diteruskan dan permohonan untuk menarik diri tidak dibenarkan.

Saya yakin tiada peguam yang berani mengambil risiko sebegini dan menggunakan hak peguam untuk menarik diri sebagai satu taktikal. Hakim juga seorang manusia dan mempunyai hati dan perasaan dan Hakim juga ada telinga boleh mendengar dan ada mata untuk membaca apa yang berlaku di dalam sosial media.

Saya juga percaya peguam-peguam Bainun sebelum ini kesemuanya sangat berpengalaman dan mereka tidak akan mengambil sebarang tindakan yang akan memprejudiskan anakguam mereka sebelum ini secara sengaja.