“Terima kasih Allah kau temukan..” – Bella update keadaan Nurul Shuhada

“Terima kasih Allah kau temukan..” – Bella update keadaan Nurul Shuhada

 

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah pada Sabtu berkongsi video pendek di Insta Stories yang merakamkan pertemuannya dengan isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Meski tidak dinyatakan tujuan pertemuan tersebut, namun video terbaharu itu sekurang-kurang memaparkan perkembangan terkini Shuhada kepada peminat.

Ibu kepada sepasang cahaya mata itu menjadi sorotan susulan kecederaan di bahagian pipi sehingga menerima 10 jahitan, dipercayai ditumbuk oleh suaminya.

Shuhada bagaimanapun telah melaporkan insiden yang berlaku kepada pihak berkuasa dan ia kini dalam siasatan.

Dalam pada itu, di dalam video terbabit, mereka dilihat saling memeluk di antara satu sama lain dan saling menguntum senyuman.

Malah Shuhada turut berkongsikan kembali video sama sambil meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan mereka yang baik hatinya.

Video Bella Astillah ‘Update’ Keadaan Nurul Shuhada; “Terima Kasih Allah Kau Temukan Aku Dengan…”

“Terima kasih Ya Allah, Kau temukan aku dengan insan yang baik baik hatinya,” tulis Shuhada Ringkas.