“Terima kasih for this cacat kekal di muka aku, semoga Allah balas seberat-berat kifarah” – Nurul Shuhada

“Terima kasih for this cacat kekal di muka aku, semoga Allah balas seberat-berat kifarah” – Nurul Shuhada

Selepas insiden ditumbuk suaminya, Hafidz RoshdiNurul Shuhada Mat Shukri akhirnya membuka mulut berhubung perkara tersebut.

Penyesalan di mulut tak boleh diukur dengan janji

Menerusi perkongsian terbaru wanita itu di Insta Story, Shu menyatakan bahawa penyesalan seseorang manusia tidak boleh diukur dengan janji di mulut kerana boleh sahaja dia memungkiri janji tersebut.

ujar Shuhada lagi dia sama sekali tidak akan menghubungi pelakon itu lagi kerana dilihat menjadikan masalah mereka dan penderitaan yang dihadapi isteri seperti satu gurauan.

Tak pernah pun beli beras

Wanita berusia 29 tahun itu juga menjelaskan bahawa pelakon drama Mr Donat Karamel itu tidak pernah pun ‘membeli beras’ seperti yang digadang-gadangkan di setiap posting Instagram.

Tambahnya, dia mendoakan agar lelaki yang pernah mengasarinya sehingga mengalami cacat kekal itu mendapat balasan setimpalnya daripada Allah S.W.T.

Penat dah bersangka baik

Tambahnya lagi, ketika ini dia hanya mahu berjuang untuk hidupnya sendiri dan enggan lagi mengambil tahu berkenaan pelakon itu dan juga skandalnya kerana sudah penat ‘bersangka baik’ selama ini sehingga mengalami kecacatan kekal pada wajah.

Shuhada juga turut berkongsi hantaran mesej kata-kata semangat dan doa daripada orang ramai yang sentiasa berharap agar dia mendapat pembelaan sewajarnya.

 

Semalam, tular di media sosial apabila ada dakwaan mengatakan seorang pelakon lelaki menumbuk isterinya sebanyak tiga kali sehingga mengalami kecederaan.

Tak lama selepas itu, ahli keluarga Shuhada mengesahkan bahawa wanita terbabit telah menjadi mangsa kekerasan Hafidz Roshdi yang bengang kerana isterinya mengangkat telefon sewaktu mereka sedang berbincang di dalam kereta.