“Terima kasih kerana…” – ND Lala beri respon selepas dihentam tidak peduli dengan masalah keluarga yang sedang berantakan

“Terima kasih kerana…” – ND Lala beri respon selepas dihentam tidak peduli dengan masalah keluarga yang sedang berantakan

 

Penyanyi ND Lala diketahui telah menjadi tumpuan warga maya berikutan kekecohan yang berlaku di antara anak-anaknya, Syada, Shila dan Shafiq serta bekas isteri, Fauziah Sarman sejak sehari yang lalu.

Terbaru, media sosial penyanyi itu dipenuhi dengan komen-komen kecaman daripada warga maya setelah dia ada memuat naik satu hantaran berupa memori bermain bola sepak bersama kawan-kawan di Instagram.

View this post on Instagram

A post shared by ndlalaofficial (@ndlalaofficial)

 

Kata netizen, ND Lala seolah-olah tidak peduli dan tidak berbuat apa-apa di saat ahli keluarganya sendiri berantakan.

Tidak mendiamkan diri, ND Lala tampil memberi respon mengenai dakwaan netizen itu.

ND Lala

Tajuk perbualan kita di sini adalah tentang bola sepak. Kita membina perhubungan yang baik dan rasa hormat menghormati sesama kita melalui sukan bola sepak.

Terima kasih kerana memberi komen yang baik dan mengekalkan adab budaya kita.

Terdahulu, Fauziah bersama dua lagi anaknya, Syada dan Shafiq tampil meluahkan rasa tidak puas hati serta ‘menyerang’ penyanyi Shila Amzah gara-gara keputusan isteri kepada Ubai itu untuk menjual rumah yang diduduki mereka pada ketika ini.