Terinspirasi dari hadis Rasulullah, Neelofa akhirnya umum nama anak kedua

Terinspirasi dari hadis Rasulullah, Neelofa akhirnya umum nama anak kedua

Umum mengetahui pelakon serta usahawan terkenal Neelofa selamat melahirkan putera keduanya pada 11 Julai lalu.

Ramai peminat serta pengikutnya di media sosial menantikan nama putera kedua Neelofa dan suaminya Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz.

Menerusi laman Instagram miliknya, pengasas jenama tudung Naelofar itu mengumumkan nama yang dipilih buat putera keduanya itu ialah Abdullah Abbas.

 

 

“Sepertimana lahirnya Muhammad Bilal, perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas juga terjalin,” tulisnya di kapsyen.

Neelofa dalam posting tersebut menceritakan kisah di sebalik mengapa nama Abdullah Abbas menjadi pilihannya dan suami untuk anak kedua mereka.

Terinspirasi dari hadis nabi, nama yang paling disukai  Allah antaranya Abdullah, maka permulaan nama anak mereka itu adalah ‘Abdullah’.

Manakala nama Abbas pula diambil dari nama sepupu Nabi Muhammad SAW yang baginda sendiri pernah mendoakannya.

“Dan berkat Doa nabi maka taawilan Ibnu Abbas walaupun pada usiannya yang muda ternyata sangat sangat fakih (bijak).

Jadi harapan Umi dan abah adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam,” tulisnya.

Dalam posting yang sama, Neelofa berkongsi kebahagiaan dan bersyukur atas kurniaan yang diberikan kepadanya.

Semoga Abdullah Abbas menjadi seorang yang berjaya!