Terinspirasi dengan kejelitaan Rina, artis jelita Indon berjaya turunkan 16kg berat
Penyanyi dan komposer Indonesia, Melly Goeslaw, 48, berkongsi foto yang memperlihatkan imej terbaharunya selepas dua bulan menjalani pembedahan bariatrik.
Menerusi Instagram miliknya, Melly atau Melliana Cessy Goeslaw berkata, selepas pembedahan itu dia mula menjalani kehidupan sihat dan gembira dengan hasilnya.
“Alhamdulillah sudah dua bulan saya melakukan pembedahan bariatrik. Maksudnya sudah dua bulan saya menjalani kehidupan sihat,” tulisnya di media sosial.
Menurut MalaysiaGazette, selebriti Indonesia itu juga turut berkongsi tahap kesihatannya yang semakin baik, termasuklah bacaan gula dalam darahnya kembali normal.
Daripada berat badan hampir mencecah 86 kilogram, kini Melly berjaya menurunkan kepada angka 70 kilogram dalam tempoh tersebut.
“Gula dalam darah saya kembali normal hingga sekarang. Daripada berat badan hampir 86 kilogram, kini sudah mencecah 70 kilogram.
“Tidur jadi lebih baik dan tidak berdengkur, malah apabila bangun badan terasa lebih segar,” tulisnya di laman instagram.
Dalam pada itu, Melly turut mengucapkan terima kasih kepada Dr. Tompi yang juga penyanyi kerana menyarankan dia melakukan pembedahan tersebut.
Pada 18 Julai lalu, Melly mengakui menjalani pembedahan bariatric akibat masalah obesiti yang dialaminya.