Terjah Shaheizy Sam lepas solat, Syatilla Melvin dikritik netizen

Terjah Shaheizy Sam lepas solat, Syatilla Melvin dikritik netizen

 

Baru-baru ini, pelakon Syatilla Melvin ada memuat naik video dirinya bersama suami, Shaheizy Sam di Instagram sedang solat berjemaah.

Bagaimanapun, video terbabit menerima kritikan daripada netizen kerana tindakan Syatilla atau mesra dipanggil sebagai Tilla ‘menerjah’ Sam selepas selesai solat.

Jika dilihat dalam video berkenaan, pelakon wanita tersebut secara tiba-tiba bergerak ke arah suaminya seolah-olah ingin menghidu sesuatu pada leher.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang melihat tindakan pasangan tersebut dan ada juga mendakwa mereka seperti mempermainkan solat.

komen netizen

komen netizen

komen netizen

Barangkali sedar tindakannya itu telah mengundang kritikan orang ramai, selebriti terbabit mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen.

Sekadar info, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2016 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.

Syatilla Melvin