Terkejut dihidangkan adegan cium sesama jenis di dalam kartun Jurassic Park siaran Netflix, ibu ini kongsi usaha halus pihak cuba normalisasikan budaya songsang

Terkejut dihidangkan adegan cium sesama jenis di dalam kartun Jurassic Park siaran Netflix, ibu ini kongsi usaha halus pihak cuba normalisasikan budaya songsang

KARTUN KANAK-KANAK YANG SEMAKIN DINODAI.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan adegan bercium di antara kaum sejenis dalam siri kanak-kanak ‘Jurassic Park’ di saluran Netflix.

Syabas diucapkan kepada ibubapa yang menonton bersama-sama anak dan menyedari akan perkara ini agar dapat dihebahkan kepada semua.

Ini bukan benda baru.
Mereka sudah lama merancang.
Kita yang tidak boleh terus lalai.

Perkembangan yang perlu diketahui:

> Sehingga awal tahun 1980an, terdapat lebih kurang 250 watak golongan songsang ini dalam kartun kanak-kanak.
Bagaimanapun watak-watak ini tidak ditonjolkan secara terang-terangan,
Walaupun tujuan penerbit adalah jelas untuk mengketengahkan golongan ini tetapi penonton dibiarkan untuk membuat interpretasi sendiri dari jalan cerita yang dipaparkan.

Masihkah anda ingat watak Ursula dalam ‘The Little Mermaid’?
Watak Him dalam ‘The Powerpuff Girls’?

> Dari 250 watak, jumlah watak golongan ini dalam kartun kanak-kanak mencanak naik bermula dari tahun 2010 dan makin bertambah sejak 5 tahun kebelakangan ini.

> Sekarang ini, watak golongan ini lebih menonjol, lebih berani dan bukan lagi watak sampingan.
Watak dalam siri Jurassic Park ini hanyalah segelintir sahaja dari jumlah keseluruhan yang mungkin kita tidak perasan atau tidak tahu.

> Pada tahun 2017, GLAAD, sebuah pertubuhan advokasi yang memastikan adanya representasi watak golongan ini dalam filem, drama, kartun, hiburan, berita dan media digital, menghadapi kesukaran untuk memilih pencalonan bagi ‘GLAAD Awards’ untuk kategori Cerita Kanak-kanak.
Hendak mencari 5 calon pun susah kerana kurangnya cerita keluarga dan kanak-kanak yang memaparkan golongan ini dengan baik.

> Bagaimanapun setahun selepas itu, mereka terpaksa menambahkan pencalonan kepada 10 kategori kerana terdapat banyak cerita dalam kategori keluarga dan kanak-kanak yang berkualiti dan layak dicalonkan untuk menerita GLAAD Awards ini, hanya dalam masa yang singkat.

Mereka sangat teruja.

> Saluran kanak-kanak Nickelodeon sudah lama memberi laluan kepada golongan ini.
Cartoon Network merancakkan lagi ‘trend’ tersebut dan Disney juga sama-sama tidak mahu kalah.

Filem ‘Lightyear ‘yang diharamkan di negara kita baru-baru ini kerana terdapat unsur songsang ini kini boleh pula ditonton di saluran Disney Hotstar.

Pantaulah tontonan anak-anak.

> Jangan ingat kartun kanak-kanak dari Barat sahaja yang memaparkan golongan ini, anime dari Jepun juga sudah lama menonjolkan watak-watak mereka.
Tidak semua yang buruk datangnya dari Barat sahaja.

Adakah anda membesar pada tahun 1990an dengan menonton kartun Sailor Moon atau Cardcaptor Sakura?
Cuba renung kembali.
Adakah watak golongan ini ditonjolkan secara sepintas lalu ataupun secara terang-terangan?

……………………………………………………………..

1. Kenapa kanak-kanak menjadi sasaran golongan songsang ini?

Kita sudah sedia tahu, kanak-kanak dilahirkan seumpama kain putih.
Menurut ‘Social Learning Theory’, apa yang sering diperhatikan, ditonton dan diteladani akan mencorakkan pemikiran dan tingkah laku kanak-kanak.

Hendak mempengaruhi ibubapa yang sudah kental akal dan hatinya mungkin payah, jadi lebih mudah untuk menyentuh hati dan pemikiran kanak-kanak.

Baru-baru ini saya terbaca hantaran tentang dua orang kanak-kanak lelaki dijumpai bercumbu di taman permainan di negara kita ini.

Sekiranya ibubapa:
1. Tidak mengambil tahu apa yang ditonton oleh anak.
2. Tidak menonton bersama-sama anak.
3. Biar anak melayari sendiri gajet dan tv tanpa pemantauan dan tanpa penapis.
4. Tidak berbual dan berbincang dengan anak-anak apa yang ditonton mereka.
5. Tidak menanamkan nilai Islam, nilai Timur, dan nilai positif dalam diri anak.
6. Tidak cakna dan peka akan keseriusan isu ini.

Maka anak-anak kecil kita akan menjadi sasaran mudah dan sasaran terbaik mereka.

2. Kenapa kartun dan cerita kanak-kanak menjadi tumpuan golongan itu kini?

“If you can get it here, there is no excuse for anywhere else in media for it not to be visible.” Abbey White, jurnalis.

Sekiranya mereka berjaya mendapat tempat di platform kanak-kanak, maka tidak ada sebab lagi untuk mereka tidak mendapat tempat di platform yang lain.

Begitulah betapa berharganya seorang kanak-kanak bagi golongan ini kini.

Lindungilah anak-anak kita dari anasir yang songsang ini.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Sumber – FB Parent Connect