Terkejut hampir tak kenal wajah sebenar isteri lepas tanggal makeup, suami nekad bercerai di malam pertama kahwin
Rasa tertipu menjadi punca mengapa seorang lelaki di Beijing, China nekad untuk menceraikan isterinya tak sampai sehari berkahwin.
Memetik laporan Kosmo!, lelaki itu terkejut selepas melihat wajah sebenar isterinya yang berusia 47 tahun tanpa solekan pada malam pertama perkahwinan mereka.
Terkejut tengok wajah isteri tanpa mekap
Si suami dikenali sebagai Cao merasakan dirinya telah diperdaya selepas isterinya, Trang menanggalkan mekap. Katanya, dia hampir tak mengenali wanita itu dan memutuskan untuk berpisah.
Dia menghalau Trang keluar daripada rumah namun Trang memberi dua pilihan kepada suaminya.
Yang pertama, perkahwinan itu perlu diteruskan dan mereka tinggal bersama. Yang kedua ialah, Cao perlu membayar pampasan sebanyak 200,000 yuan (RM127,797) jika mahu bercerai.
Cao yang berusia 30 tahun berkenalan dengan Trang di media sosial. Dia terpikat dengan peribadi Trang yang penyayang, yakin dan matang. Malah semasa berjumpa, Trang sentiasa tampil cantik dan bergaya.