“Terkejut mak abah sbb selama ni tak pernah hidu kebusukkan rumahtangga aku, suami pula melutut, peluk kaki aku minta batalkan perceraian, entah dtg dari mana kekuatan, aku tak berganjak dgn keputusan”
Selama 9 tahun orang tua aku tak tahu menantu mereka tak kerja. Aku berjaya berlakon dengan cemerlang tutup cacat cela perkahwinan aku
Kami tinggal di rumat flat DBKL. Ansuran bank RM180 sebulan pun asyik tertunggak, bekalan air pun selalu dipotong, terpaksa angkut air dari bawah blok naik ke rumah tingkat 8.
Aku tak tahu nak mula dari mana. Cerita ini agak panjang.
Maaf andai membosankan tapi aku rasa perlu mendengar komen-komen orang untuk aku hadamkan dan jadikan sumber kekuatan (tak perlu pesan tentang hubungan aku dengan Tuhan kerana itu tidak aku abaikan. InsyaAllah)
Z merupakan senior di sekolah aku yang menjadi rebutan ramai pelajar perempuan tak kira bangsa. Berbunga rasa hati bila dalam banyak pilihan yang dia ada, Z pilih untuk rapat dengan aku. Kami sama-sama Pengawas, Pengawas Perpustakaan, sama-sama atlet, sama kelab dan persatuan serta banyak lagi persamaan – ‘POWER COUPLE’ pendek katanya.
Yang berbeza adalah bangsa dan agama. Namun itu tidak menjadi penghalang kerana masing-masing saling hormat-menghormati selain raut wajah Z yang lebih mirip kepada Melayu Mamak Serani. Saban petang Z akan ke rumah aku untuk mengajar aku Matematik.
Ya, aku lemah Matematik dan tahun itu bakal menduduki SRP sementara Z sendiri calon SPM. Keluarga aku sangat menyenangi Z kerana sikapnya yang peramah, penyayang dan ringan tulang. Sesiapapun yang mengenali Z akan akui kelebihannya itu.
Z is a Prince Charming. Dia memang punyai pakej yang lengkap untuk menjadi lelaki pujaan Malaya dan ketika itu akulah perempuan paling bertuah kerana menjadi pilihannya. Z berjanji untuk memeluk Islam bila usianya genap 21 tahun.
Namun segala-galanya berubah sejak Z melanjutkan persekolahan ke tingkatan enam di sebuah sekolah di bandaraya JB sementara aku masih di sekolah lama. Sejak itu Z mula tidak lagi datang ke rumah dan Abah pula menuduh aku sebagai kacang yang lupakan kulit, tidak berterima kasih kepada Z yang telah membantu aku mendapatkan keputusan cemerlang dalam Matematik.
Abah tak tahu, siang malam aku cuba hubungi Z namun hampa, Surat demi surat yang aku hantar tiada balasan. Hampir setiap hari aku pulang lewat dari sekolah kerana menunggu Z di stesen bas. Malangnya tak nampak bayang.
Begitulah saban hari. Pergi ke rumahnya pun Z masih gagal aku jejaki. Z terus menyepi. Aku tertanya-tanya sendiri kenapa Z berubah mendadak. Kalau dulu, walaupun berjumpa di sekolah dan di rumah aku setiap hari pun masih kami berutus surat tapi sejak itu Z ‘hilang’ tanpa sepatah kata.
Selepas SPM, aku bekerja sementara di JB. Masih gigih cuba menghubungi Z namun hampa. Satu hari, aku dapat tahu dia kemalangan waktu bekerja. Aku mengajak kakak sepejabat aku untuk temani aku ziarahi Z di hospital.
Usah kata nak berbual dengan aku, bunga yang ku bawa untuknya pun dia tak sudi terima. Menangislah aku sepanjang perjalanan balik ke pejabat diperlakukan sebegitu rupa. Beberapa bulan kemudian, aku bertukar kerja di pejabat lain.
Tak sangka pula Z juga sudah bertukar kerja yang pejabatnya satu bangunan dengan pejabat aku. Hari-hari aku akan lalu depan pejabatnya dengan harapan dia akan menegur aku. Rupa-rupanya kecewa belaka. Satu malam Abah ajak aku keluar beli makan malam.
Bagai dipanah petir bila aku ternampak Z sedang makan dengan seorang perempuan Melayu di situ. Z bangun dan salam cium tangan Abah tapi tidak menegur aku langsung. Seolah-olah aku tak wujud di situ! Mulai malam itu, Abah tak pernah lagi tanya kenapa Z tak datang ke rumah.
Mungkin Abah sedar ‘tuduhan’ Abah terhadap aku selama ini tersasar. Dan aku mengerti itulah jawapan kenapa Z ‘tinggalkan’ aku. Z sudah ada teman baru. Tetap pilihannya gadis Melayu. Pun begitu, Z belum mampu buat aku benci terus kepadanya.
Aku masih menangis teresak-esak pada hari ulangtahun Z yang ke-21. Aku rasa bersalah kepada Allah kerana ‘gagal’ memimpin Z memeIuk Islam sepertimana yang dia harapkan dahulu. Dipendekkan cerita, aku melanjutkan pelajaran di sebuah U di Pantai Timur.
Dan setelah tamat pengajian aku di U, aku memohon kerja di KL. Tawaran pertama yang aku terima terpaksa aku tolak kerana Mak tak izinkan anak perempuan sulungnya ini keluar dari Johor. Tapi aku tak betah untuk terus menetap di situ.
Apabila menerima tawaran kedua daripada syarikat yang sama, aku pujuk Mak untuk relakan aku pergi mengejar cita-cita. Akhirnya Mak mengalah. Berhijrahlah aku ke kotaraya membawa sekeping hati yang luka. Dua tahun selepas itu, aku mendapat perkhabaran yang Z sudahpun berumahtangga dengan perempuan sebangsanya.
Terasa seperti anak panah tertusuuk tepat ke sasaran. Saat itu aku pasrah bahawa tiada jodoh antara aku dan Z. Sejujurnya aku tak terfikir untuk mencari pengganti kerana rasa kasih yang sangat mendalam kepada Z.
Hinggalah setahun selepas itu aku dipaksa kahwin oleh makcik aku ketika Abah terlantar di ICU akibat serangan jantung. Kononnya untuk pastikan ada orang yang akan menjaga aku yang merantau sendirian di Kuala Lumpur.
Arwah Makcik aku ini memang dari dulu sentiasa cuba mencampuri urusan hidup aku sejak aku masih di U dia pernah nasihatkan aku berhenti sahaja belajar dan kahwin dengan pilihannya. Kononnya supaya abah dan mak tak perlu bersusah payah mencari duit menanggung pengajian aku sebaliknya aku boleh membantu mereka.
Bukan sekali dia cuba tapi sampai ke semester terakhir pun dia masih gigih namun aku tetap dengan pendirian aku. Dan apabila Abah koma, Mak pula tak mampu bersuara apabila dikelilingi oleh adik beradik Abah yang ‘berkuasa’ maka akupun terpaksa berkorban bagi menjaga hati banyak pihak. Lagipun Z dah jadi suami orang.
Perkahwinan aku dikurniakan dua anak lelaki. Hanya tiga tahun pertama aku merasa ‘bahagia’ berkeluarga. Sejak suami aku diberhentikan kerja, akulah yang menanggung segala-galanya hatta duit raya pun aku yang berikan kepada suami untuk dia hulur kepada Abah dan Mak.
Selama sembilan tahun orang tua aku tak pernah tahu menantu mereka dah tak bekerja kerana aku berjaya membawa watak pelakon dengan cemerlang menutup cacat cela perkahwinan aku! Sepanjang perkahwinan, kami tinggal di rumat flat DBKL.
Ansuran bank RM180 sebulan pun asyik tertunggak, bekalan air pun selalu dip0tong sehingga terpaksa angkut air dari bawah blok naik ke rumah di tingkat lapan. Dengan perut memboyot, aku selalu naik turun tangga flat bila lif rosak, pergi balik kerja menaiki bas.
Ya, kami tiada kenderaan, hanya pengangkutan awam. Aku tak mengeluh. Aku cuba menjadi isteri yang terbaik. Balik ke rumah pula sambung dengan urusan rumahtangga. Walaupun suami tak bekerja, dia tak menolong apapun.
Walau aku dah basuhkan kain, bakul kain tak berusik untuk dijemur. Terkepamlah di situ sampai aku balik dari pejabat. Malam keluar melepak, kadang-kadang sampai ke dinihari baru balik. Pagi aku keluar kerja, dia masih tidur.
Banyak masa dia habiskan dengan kawan-kawan, keluar memancing berhari-hari. Bila aku sarankan dia duduk sahaja di rumah menjaga anak-anak, dia tak mahu. Aku tebalkan muka minta tolong pegawai atasan dan sesiapa sahaja yang aku kenali untuk rekemenkan suami aku kerja.
Bila dah dapat temuduga, dia tak mahu pergi dengan alasan tak betah jadi pekerja bawahan. Serba-serbi tak kena, ada sahaja alasannya. Aku hanya bertahan demi anak-anak dan aku tak sampai hati melihat Mak bersedih bila tahu perkahwinan aku gagal.
Cukuplah sekali dulu Mak menanggung malu ketika aku melangsungkan perkahwinan terburu-buru demi memenuhi kehendak Makcik aku. Semasa usia kandungan kedua berusia enam bulan, aku minta izin suami untuk belajar memandu.
Aku fahamkan dia bahawa zaman itu kereta bukan lagi satu kemewahan tapi keperluan untuk keluarga. Pergilah aku belajar memandu dengan perut hampir berlaga dengan stereng. Selalu juga anak sulung aku ikut sekali bila tiada siapa yang boleh tolong menjaganya.
Pernah korang jumpa situasi macam ni? Berdirilah si abang di tengah-tengah ‘memantau’ aku bawa kereta. Instruktor pun tak terkata apa kerana kasihan dengan keadaan kami. Alhamdulillah aku berjaya lulus dalam ujian memandu.
Pun begitu, tak mampu nak beli kereta dalam tempoh terdekat akibat pelbagai kekangan. Hanya setelah tiga tahun anak kedua aku dilahirkan barulah aku beli kereta. Dan akulah pemandunya kerana suami aku tak boleh memandu sejak kemaIangan yang meragut nyawa teman rapatnya dahulu.
Hidup dalam kesempitan, anak-anak pun dilahir dan dibesarkan dengan ihsan faedah majikan tempat aku bekerja. Maaf cakap, ayahnya tak menyumbang satu sen pun, atas aku semuanya. Akhirnya setelah sembilan tahun bertahan, aku nekad minta berpisah.
Terkejut Mak Abah kerana selama ini mereka tak pernah menghidu kebusukan rumahtangga aku. Suami pula melutut, memeluk kaki aku minta aku batalkan perceraian. Entah datang dari mana kekuatan, aku tidak berganjak dengan keputuusan.
Aku harap dapat lebih tenang dan fokus lepas bercerai tapi sangkaan aku meleset. Bekas suami sentiasa memberi tekanan yang sangat hebat untuk menjatuhkan aku. Nafkah anak pun sentiasa culas sampai sekarang walaupun dia dah berkahwin baru dengan Timbalan Pendakwaraya.
Hidup aku sangat tertekan, tiada ‘me time’, sering sakit tapi terpaksa bertahan demi anak-anak. Anak sulung yang meningkat remaja pula sering memberontak dan hampir dibuang sekolah. Rekod kedatangan aku ke sekolah lebih tinggi daripada dia sendiri.
Penat tu hanya Allah yang Tahu. Pagi aku hantar sampai depan pagar sekolah, baru sampai pejabat, cikgu telefon beritahu anak tak masuk kelas. Seminggu kalau ada hari yang cikgu tak telefon tu akan terasa pelik sangat.
Syukurlah pegawai atasan aku sangat membantu dan memahami. Kalau tidak, mungkin dah lama aku kena buang kerja kerana terlalu banyak urusan keluarga yang perlu aku hadap. Apapun, komitmen aku terhadap kerja tak pernah aku perjudikan.
Dengan izin Allah, aku dijemput menjadi tetamu ke tanah suci dua tahun selepas itu. Sungguh aku tak sangka dan tak bersedia dari segi mental dan ekonomi. Tapi begitulah rezeki yang tertulis. Akhirnya aku sampai ke Masjidil Haram sementara anak-anak aku tinggalkan di kampung kebetulan waktu itu cuti sekolah.
Selesai tawaf hari kedua, waktu dalam perjalanan pulang ke hotel, aku terima satu panggilan. Rupa-rupanya Z! Betapa terkejutnya aku. Kami tak berbual panjang kerana masing-masing tergamam. Bila aku beritahu Z yang aku berada jauh di Mekah, Z minta aku doakan untuk dia dan juga anak-anak perempuannya.
MasyaAllah. Setelah sekian lama, tiba-tiba Z ‘muncul’ semula. Dan di saat kami sama-sama bergelar ibu dan bapa tunggal! Aku terpempan. Kenapa sekarang Z hubungi aku. Berjurai-jurai air mata aku ketika tawaf sambil berdoa untuk Z dan anak-anaknya.
Aku masih ingat, aku turut berdoa minta Allah tunjukkan apa sebenarnya ‘kesudahan’ aku dengan Z. Aku berdoa dan menangis bersungguh-sungguh. Sejak pulang dari umrah, Z tidak pernah hubungi aku lagi dan aku juga tak berusaha mencarinya kerana merasa terlalu sesak dengan episod drama kehidupan.
Serabut dengan bekas suami, anak yang memberontak, masalah yang mula bersilih ganti di tempat kerja, beban hutang dan lain-lain lagi. Abah meninggal dua tahun selepas aku pulang dari umrah. Emak pulak didiagnos kanser usus.
Aku jugalah yang bertanggungjawab ulang alik ke kampung uruskan rawatan dan perubatan Mak. Aku tak kisah itu semua. Aku sendiri pun asyik keluar masuk hospitaI. Tapi Allah permudahkan segalanya. Sepuluh tahun berlalu…
Kehidupan aku tak banyak berubah. Anak-anak kian membesar di bawah jagaan aku dan ayahnya terus lepas tangan. Aku diuji dengan kerenah si sulung yang rebel Sampai pernah buat sesuatu yang bahaya pada si adik.
Sampai pecah pintu ditumbuuknya. Mengadu kepada ayahnya takkan membantu apa-apa melainkan bertambah sakit hati bila dikatanya kita yang tak pandai jaga anak dan pelbagai tohmahan lain. Tiada siapa yang dapat membantu aku. Pandai-pandailah aku uruskan sendiri.
Februari lalu, aku betul-betul down. Rasa keseorangan, hopeless, gagal dan 1001 perasaan bermain menghantui fikiran. Tiba-iba datang bayangan wajah Z. Ya Allah. Kenapa dia yang muncul? Saat itu aku rasakan kalau Z ada, tentu dia takkan biarkan aku begini.
Tanpa aku sedari air mata aku menitis terkenangkan Z. Keesokan harinya, aku terima satu panggilan daripada nombor asing. Aku kira no. rider Shopee sementelah aku sedang menunggu delivery pesanan. Alangkah terkejutnya aku bila mana si pemanggil menyebut namanya sebagai Z!
Menggeletar seluruh tubuh aku. Manakan tidak. Baru semalam bayangan wajahnya tiba-tiba menerjah ruang fikiran dan bagai diseru-seru, hari ini dia memunculkan diri. Astaghfirullahal’adzim. Aku yang gugup terus berbohong memberitahu aku dalam discussion and call back later.
Z dapat mengagak barangkali lantas terus cuba call berkali-kali. Aku biarkan sahaja sambil cuba menenangkan diri. Masuk pula SMS. Z bertanyakan khabar aku dan anak-anak serta Mak. Z memberitahu dia baru pulang dari luar negara for good dan minta aku hubunginya semula dengan penutup mesej “Te amo”.
Allah… Aku tak balas mesej Z. Sampai berhari-hari walaupun dia cuba hubungi aku lagi. Aku berasa takut. Sangat takut. Takut untuk tersakiti lagi. Lalu aku solat hajat dan istikharah mohon Allah tunjukkan jalan adakah patut aku respon atau biarkan sahaja Z berlalu pergi setelah apa yang dia buat kepada aku selama ini.
Tak sampai berapa hari, aku terasa mendapat suntikan semangat dan digerakkan hati untuk membaIas mesej Z. Betapa terasa sangat janggal. Sepatah, sepatah aku jawabkan. Z segera membalas, memberitahu yang dia telah sekian lama cuba menghubungi aku tapi tak berjaya.
Aku tak mahu terus terbuai. Sengaja aku lengah-lengahkan, buat-buat sibuk padahal dalam hati Allah sahaja yang tahu. Hari berganti hari, Z semakin kerap hubungi aku. Daripada sekadar berSMS, kemudian berwhatsapp, connected on FB kemudian video call.
Z meminta maaf kepada aku atas segala apa yang telah berlaku selama ini. Dia mohon aku memberikannya peluang menebus kesilapan silam dan berjanji untuk membina mahligai yang selama ini diimpikan. Aku yang memang masih menyimpan hati kepadanya pun akhirnya tak mampu lagi menyembunyikan perasaan.
Kami saling percaya bahawa sesungguhnya semua ini telah diaturkan. Segala apa yang telah terjadi dalam hidup kami amat memberi pengajaran justeru kami sama-sama berjanji untuk tidak mempersia-siakan lagi setiap ruang dan peluang. Destiny if we may say.
Walaupun berjauhan, aku di KL dan Z di selatan namun kami sepertinya ada berdekatan. Telefonlah yang jadi penghubung. Z memberikan sepenuh perhatian kepada aku dan anak-anak. Sentiasa mengambil berat, sentiasa mencurahkan kasih-sayang.
Aku rasa seperti mati hidup semula. Begitu juga Z. Rupa-rupanya dia mengalami depression dan anxiety yang dahsyat setelah ditinggalkan isterinya ketika dia ke luar negara. Dan sejak perpisahan itu, Z tidak berpeluang berjumpa anak-anak lebih-lebih lagi setelah bekas isterinya berkahwin lain.
Kami umpama cermin. Berkahwin dengan pasangan masing-masing pada tarikh yang sama (Z kahwin lebih dulu daripada aku), sama-sama punya anak dua cuma berlainan jantina, sama-sama bergelut dengan konflik masing-masing dan siapa sangka setelah 10 tahun, kami dipertemukan semula ketika masing-masing terkapai-kapai dihempas gelora kehidupan.
Ketika itu aku rasakan yang Allah sedang mengabulkan doa aku di depan Kaabah ketika umrah dahulu. Allahuakbar. Bulan berganti bulan. Kasih sayang kami semakin dalam, malah Z sudah memanggil aku ‘wifey’ kerana dia percaya bahawa akulah cinta sejati yang dicari-carinya selama ini, malah Z sudahpun menyuarakan hasratnya untuk memperisterikan aku secara sah.
Cuma meminta sedikit masa memandangkan dia baru sahaja mendapat kerja di JB setelah beberapa bulan pulang dari luar negara. Aku akur walaupun jauh di sudut hati sebenarnya tak sabar untuk menghalalkan hubungan kami.
Bukan apa, lebih senang untuk aku menjaga makan pakai, sakit peningnya setiap hari. (Ketika itu pun aku sudah berusaha membantu Z memulihkan semangatnya, bangkit semula, selain ‘menguruskan’ makan pakainya dari kejauhan.
Aku gembira melihat Z semakin positif dan secara tidak langsung aku sendiri pun semakin ceria… Kami sedari semua perubahan pada diri masing-masing. Terasa saling melengkapi.) Tiba-tiba wabak pandemik melanda.
Perancangan tergendala, dan Z tak dapat selalu ke KL untuk berjumpa aku. Namun itu semua tak mengurangkan walau sedikit pun kepercayaan dan kasih sayang kami. Malah semakin kuat. Z juga semakin mendekatkan dirinya dengan ilmu-ilmu Islam, tinggal lagi aku tidak mahu terlalu mendesak untuk dia segera mengucap syahadah.
Kusangka panas sampai ke petang. Rupa-rupanya tsunami melanda. Z yang tidak ada rekod perubatan menghidap sebarang penyakit serius, tiba-tiba jatuh sakit. Terlantar koma di CCU selama seminggu. Ya Allah! Ujian apakah ini.
Aku pandu kereta seorang diri dari KL ke JB untuk menziarahi Z walaupun dia tak sedar, walaupun cuma lima minit sahaja yang Doktor benarkan. Kemudian petang itu juga aku memandu pulang semula ke KL demi anak-anak.
Sejak itu, aku tak mampu tidur lena, tak lalu makan minum. Aku hanya solat dan solat dan solat, mohon Allah angkatkan sakitnya, berikan dia kesembuhan dan peluang untuk menikmati hidup yang lebih bahagia dan yang paling aku minta, Allah izinkan dia kecapi nikmat hidup sebagai Muslim. Itu doa aku saban waktu.
Hari demi hari yang aku lalui terasa sangat perlahan dan mendebarkan. Seminggu selepas itu Z tersedar. Sujud syukur aku. Allahuakbar. Z juga amat bersyukur diberi peluang kedua. Dia berjanji untuk pulih untuk aku, untuk kami.
Z berniat sedekah tanda syukur kepada Allah yang mengizinkannya bernafas lagi. Alhamdulillah. Z kemudiannya minta discaj dari wad, untuk berehat di rumah adiknya. Sejak pulang ke rumah, aku perhatikan Z tak aktif seperti dahulu.
Makin lama, makin senyap. Perasaan aku sampai berbolak balik. Adakah dia sedang berehat atau sebenarnya sedang menyembunyikan sakitnya? Sampaikan pernah terdetik di hati aku bahawa dia sebenarnya sedang mengajar aku untuk belajar hidup tanpanya. Sampai begitu sekali aku dimomokkan.
Seminggu selepas itu, malam Rabu itu, aku nekad videocall Z yang seharian senyap. Ya Allah. Robek hati aku melihat keadaan dirinya yang tak bermaya. Z beritahu dia rasa lemah sangat hari tu, lepas dua hari dia amalkan air syifa’ yang aku ikhtiarkan dari jauh menerusi seorang Ustaz yang aku kenali, dan seorang lagi yang adik aku kenalkan,
(Ya, aku minta izin Z untuk ikhtiar secara alternatif kerana sejak kali pertama dia dimasukkan ke hospitaI, naluri hati kecil aku mengatakan ada sesuatu yang tak kena. Kami ada suspek tapi biarlah itu antara si pelaku dengan Tuhan. Dan sangkaan aku tak meleset apabila kedua-dua Ustaz mengatakan Z disihiir dan bukan serangan jantung biasa. Z memang tak ada sejarah sakit jantung)
Aku kira air syifa’ itu ‘membongkar’ penyakit yang ada dalam badan Z, sebab itu dia jadi begitu. Z minta dipendekkan perbualan, katanya tak larat sangat. Nak berehat dulu dan janji akan hubungi aku semula bila dia terjaga.
Kecewa rasa hati sebenarnya sebab aku harapkan dapat berbual lama dengan Z malam tu, tapi aku akur bila Z kata dia perlu rehat. Rasa tak puas bercakap dengannya, aku susuli dengan whatsapp yang panjang. Aku doakan dia untuk sembuh, untuk dia kuat dan sabar.
Aku akan tunggu dia sampai sembuh, aku sayang dan cintakan dia seluruh jiwa aku, akan setia pada dia selama-lamanya. Dalam pukul 2.00pagi, whatsapp daripada Z masuk. “I love you”. Ringkas. Aku balas yang sama. Tapi Z tak cakap apa-apa lagi.
Aku syak dia tertidur semula. Lima jam kemudian, dia hantar gambarnya dalam ER hospital, memakai alat bantuan pernafasan. Teks yang aku hantar tanyakan sejak pukuIlberapa tak berjawab. Aku bimbang yang amat.
Sentiasa berhubung dengan adik tunggalnya bertanyakan perkembangan Z dari masa ke semasa. Saat itu, aku tukar doa aku. Aku pasrah meminta kepada Allah, kalau sekalipun bukan jodoh aku dengan Z, aku redha. Tapi izinkanlah dia terus hidup menikm4ti indahnya islam, Izinkanlah dia hidup untuk mengetahui bahawa masih ada lagi orang yang sayang padanya.
Aku redha kalau sebenarnya kami ini ditakdirkan sebagai soulmate tapi bukan sebagai suami isteri. Walaupun jauh di sudut hati, aku mengharapkan lebih daripada itu. Aku minta Allah panjangkan usianya. “I love you”.
Itulah mesej terakhir yang aku terima daripada Z sebelum dia pergi tinggalkan aku selama-lamanya dua hari kemudian. Inalillahi wainna ilayhi roji’un. Patutlah dia selalu sangat beritahu yang dia akan tetap cintai aku sampai akhir nafasnya.
Patutlah dia kata dia akan “Sleep off in your arms, Will close my eyes for you…” Patutlah dia beriya meyakinkan aku bahawa kali ini hanya ajal yang akan memisahkan kami berdua. Patutlah aku berasa sangat takut menangggung sakit untuk menerima dia kembali awal-awal tahun tu.
Begini sekali sakitnya yang aku perlu tanggung sendirian sekarang. Siapa sangka, rupa-rupanya kami dipertemukan semula untuk mengecap bahagia sekejap cuma. Dia kata Allah yang ‘kirimkan’ aku kepadanya, saat dia terkapai-kapai hilang arah tujuan.
Kami sangkakan jodoh kami kuat. Rupanya akulah yang menemani seratus hari perjalanan akhir hayatnya. Akulah yang ‘bersama’ dengannya sampai dia pejam mata buat selama-lama. Akulah cinta pertama dan terakhirnya.
Sesungguhnya kisah cinta 32 tahun ini akan tersimpan rapi dalam hati sampai ke akhir masa. Z dah pergi membawa beIahan jiwa. Dah hampir lima bulan Z tiada. Tak pernah sehari pun aku tak teringatkan dia. Tak pernah sehari pun aku tak rindu.
Tak pernah sehari pun kering air mata. Bukan aku tak redha. Aku sedar setiap yang hidup pasti akan mati. Cumanya, aku diuji di saat aku sedang terbang tinggi di langit, hampir menggapai pelangi. Tiba-tiba melayang jatuh ke bumi.
Mohon kalian doakan moga rohnya diterima sebagai Muslim. InsyaAllah, walaupun aku tiada saksi yang lain, aku yakin apa yang aku cuba ikhtiarkan bersama Z di saat-saat akhir hayatnya, sebelum dia dikejarkan semula ke ER buat kali kedua dan terakhir itu, menjadi asbab untuk dia diterima sebagai Muslim.
Hatta, perjalanan akhirnya pun sangat mudah dan mendamaikan. Dengan ramainya hadirin, dengan sejuk nyamannya cuaca, riak wajahnya sangat tenang dan menenangkan. Seperti pemergian orang yang beriman. InsyaAllah.
Sejak Z pergi, aku ubah doa aku lagi. Aku mohon Allah terima dia sebagai Muslim, gantikan segala kesakitan dan penderitaan yang dia tanggung selama hayatnya di dunia dengan ketenangan dan kedamaian di taman syurga.
Semoga keluhuran dan kesungguhan hatinya mengasihi, mempercayai takdir dan mensyukuri Allah yang mempertemukan kami sejak hari pertama di sekolah dulu sampai ke akhir hayatnya, menjadi asbab untuk dia menjadi penghuni syurga.
Moga Z akan tarik aku ke syurga. Wallahu’alam. Pemergian Z sangat berbekas di hati. Sebuah kehilangangan besar selepas Abah pergi. Lebih perit daripada bercerai dengan bekas suami. Kini tinggallah aku menghabisi sisa-sisa usia yang entah berapa lama lagi berbaki.
Menunggu terbentangnya hamparan masa depan yang coraknya tak aku ketahui, adakah seindah pelangi, atau bersulam duri. Doakan aku.
Perempuan kiriman Tuhan, – Rozana Isabella (Bukan nama sebenar)