Terkejut membaca hujah dangkal Razman, pemuda ini terpaksa terangkan apa yang terjadi

Saya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan Al-Fadhil Razman Zakaria ni.
Pertama, beliau menyatakan keputusan membenarkan pertambahan cabutan khas sehingga menjadi 22 kali setahun itu bukan dibuat oleh PAS.
Kita semua tahu yang sekarang ini Perdana Menteri adalah orang Melayu Islam, Menteri Dalam Negeri adalah orang Melayu Islam, Menteri Pertahanan adalah orang Melayu Islam, Menteri Kewangan adalah orang Melayu Islam, Menteri Agama adalah orang Melayu Islam.
Jadi kalau bukan salah PAS, adakah ini bermaksud salah UMNO dan BERSATU?
Kedua, semasa menjadi pembangkang semua isu diletakkan kesalahannya kepada kerajaan. Kenapa bila jadi kerajaan tiba-tiba jadi isu parti pula?
Adakah beliau ingin bersikap lepas tangan daripada bertanggungjawab terhadap keputusan tersebut?
Ketiga, memang sebelum ini kita semua maklum bahawa kegiatan judi atau cabutan khas ini adalah dibenarkan untuk orang bukan Islam sahaja. Tak pernah lagi kerajaan benarkan orang Islam berjudi. Cuma kenapa kerajaan PH boleh kurangkan cabutan khas kepada 8 kali setahun, tetapi kerajaan sekarang ini yang majoritinya Melayu dan Islam tidak boleh kurangkan?
“Wahai orang-orang beriman. Sesungguhnya arak, judi, berhala, tilik nasib adalah najis dari amalan syaitan. Jauhilah ia supaya kamu beroleh kejayaan.” (Surah Al-Maidah: 90)
Nur Sulaiman