Terkini!!! 199 kematian, negara catat rekod kematian harian tertinggi angkara Covid-19

Terkini!!! 199 kematian, negara catat rekod kematian harian tertinggi angkara Covid-19

 

 

Jumlah jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia menurun sedikit apabila merekodkan 11,985 kes positif sepanjang 24 jam lalu berbanding 12,000 kes pada semalam.

Menerusi ciapan di laman Twitternya hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehubungan itu, jumlah kes kumulatif COVID-19 di Malaysia kini ialah 951,884.

Dr Noor Hisham berkata, Selangor terus mencatatkan kes tertinggi harian dengan 5,550 jangkitan.

Jangkitan baharu di negeri-negeri lain pula ialah Kuala Lumpur dengan 1,174 kes, Kedah (800), Negeri Sembilan (745), Sabah (657) dan Johor (644)


Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, dari keseluruhan 11,985 kes, 65 kes berada pada kategori 5 iaitu kritikal dan menggunakan ventilator atau 0.5 peratus.

Sementara kategori 4 (perlu oksigen): 45 kes (0.4%), kategori 3 (radang paru-paru): 178 kes (1.5%), kategori 2 (gejala ringan): 5,847 kes (48.7%) dan kategori 1 (tiada gejala): 5,850 kes (48.9%).


Sementara itu, angka kematian baharu akibat COVID-19 negara merekodkan 199 kes sekali gus angka tertinggi setakat ini, menjadikan jumlah kumulatif adalah 7,440 kes.

Kes sembuh pada Rabu pula adalah 7,902 kes menjadikan jumlah kes yang sembuh sepenuhnya ialah 806,857 kes.

Katanya, seramai 927 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 459 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan ialah 137,587

Sumber – AstroAwani

COMMENTS