Terkini!!! 5 negeri beralih ke Fasa 2 PPN bermula 5 Julai
Kerajaan persekutuan hari ini mengumumkan bahawa lima negeri telah berjaya mencapai ketiga-ketiga nilai ambang Fasa 2 kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Lima negeri tersebut adalah Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri berkata lima negeri itu akan beralih ke Fasa 2 pada 5 Julai ini.
Sumber – Malaysiakini