Terkini!!! Abang Jo buat kejutan, isytihar Sarawak beralih ke peringkat endemik tanpa merujuk MKN

Terkini!!! Abang Jo buat kejutan, isytihar Sarawak beralih ke peringkat endemik tanpa merujuk MKN

Keadaan pandemik di Sarawak kini telah beralih menjadi endemik apabila hampir semua kes Covid-19 dilaporkan melibatkan individu yang tidak bergejala atau bergejala ringan sahaja.

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg berkata, program vaksinasi Covid-19 yang dijalankan sejak Februari lalu berjaya meningkatkan sistem ketahanan badan dan mengurangkan kesan serius akibat penyakit itu.

“Menurut pakar (kesihatan) keadaannya sama dengan kolera, SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk) dan Swine flu yang apabila (virus Covid) dapat dilawan, akan membawa ke peringkat disebut endemik, di mana kita hidup dengan virus tetapi kita ada sistem pertahanan dalam tubuh (untuk melindungi) kita.

“Kalaulah tidak ada vaksinasi mungkin keadaannya berlainan. Apabila seseorang itu sudah divaksinasi, dia akan mempunyai sistem daya tahan diri untuk melawan virus Covid-19,” katanya selepas meninjau pelaksanaan program vaksinasi Covid-19 untuk remaja berumur 16 dan 17 tahun di Kampung Telaga Air, kira-kira 25 kilometer dari sini.

Beliau berkata, setakat ini Sarawak mencapai 88.9% liputan dos lengkap vaksin Covid-19 bagi golongan dewasa yang layak atau 65.1% daripada keseluruhan populasi negeri itu dan peratusan ini akan terus bertambah memandangkan program vaksinasi masih berjalan.

Sumber – FMT