Terkini!! Agong isytihar darurat di Parlimen Batu Sapi
Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di Parlimen Batu Sapi, Sabah.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara berkata, Al Sultan Abdullah bertitah, amatlah wajar Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dibatal dan ditangguhkan demi keselamatan rakyat jelata dan kesejahteraan negara.
Perkenan Agong untuk darurat di Parlimen Batu Sapi ambil iktibar daripada PRN Sabah yang menjadi faktor utama gelombang ketiga COVID-19.
Sumber: Astro Awani