Terkini!!! Akhirnya dalil menghalalkan nyanyian Heliza Helmi telah ditemui

Terkini!!! Akhirnya dalil menghalalkan nyanyian Heliza Helmi telah ditemui

PENJELASAN ISU NYANYIAN WANITA

Ramai yang pertikaikan tentang nyanyian Heliza ketika saya memuat naik gambar di majlis resepsi beliau.

Ini Pandangan saya tentang nyanyian wanita.

Untuk menjawab persoalan tentang hukum nyanyian wanita kita perlu rujuk fatwa setempat. Fatwa di setiap negara berbeza disebabkan faktor uruf (budaya setempat).

1) Hukum berkaitan nyanyian wanita adalah KHILAF dalam kalangan ulamak.

Merujuk kepada tulisan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.
Asasnya suara wanita bukan aurat.
Namun suara boleh menjadi aurat sekiranya mendatangkan ghairah kepada lelaki.

Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi menyebutkan:

Islam membolehkan nyanyian selagi mana tiada unsur maksiat, lirik yang kotor, lucah dan menghasut kepada penyelewengan akidah.

Dalil:
Aisyah R.Anha pernah menghantar seorang pengantin wanita ke tempat pengantin lelaki daripada kalangan kaum Ansar. Lalu Rasulullah berkata kepada beliau:

يَا عَائِشَةُ، مَا كَانَ مَعَكُمْ لَهْوٌ؟ فَإِنَّ الأَنْصَارَ يُعْجِبُهُمُ اللَّهْوُ

Maksudnya: Wahai Aisyah! Apakah kalian membawa sekali hiburan? Sesungguhnya kaum Ansar itu suka akan hiburan.
Riwayat al-Bukhari (5162).

Rujuk link: https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1419-al-kafi-li-al-fatawi-ke-476-hukum-kaum-wanita-bersyair-dan-mendendangkan-puisi

2) Saya juga merujuk keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang berkaitan penjelasan hukum wanita bernasyid:

i) Suara wanita bukan aurat. Wanita bebas mengajar, belajar, berbual dll
ii) Hukum wanita menyanyi tidak haram.
iii) Hukum lelaki mendengar nyanyian wanita adalah MAKRUH.
iv) Nyanyian yang disertai dengan tarian menghairahkan, dedahkan aurat dan solekan melampau jika ditonton lelaki ajnabi adalah HARAM.

Rujukan: https://mufti.penang.gov.my/index.php/2014-11-12-02-48-39/penerbitan/risalah/288-risalah-penjelasan-hukum-isu-wanita-bernasyid/file

Jika wanita hendak bernyanyi mestilah menjaga adab yang digariskan:

i) Menutup aurat
ii) Tidak melengokkan badan yang boleh mendatangkan fitnah.
iii) Tidak menggunakan lirik yang lucah dan kotor.

Secara peribadi saya berpendapat berkenaan isu Heliza, beliau sudah lama berada di dalam dunia nyanyian islamik dan genre nyanyian yang dibawa beliau berunsur ketuhanan dan motivasi. Lagipun sudah lama kita dengar lagu beliau di corong radio dan tv. Bagi saya tidak menimbulkan syahwat sebab terbiasa dengan suara Heliza sejak dari dulu. Lagipun nak ulas naikkan shawat atau tidak ini susah kerana saya buka peminat lagu, dengar lagu apa pun saya tak akan hayati dan ingat sebab saya berjiwa filem dan drama.

Saya juga berada dalam majlis resepsi tersebut dan risiko fitnah sudah diminimakan pada pandangan saya.

Kesimpulannya kita wajar menghormati minat dan kerjaya seseorang selagi berada di atas landasan syariat. Dan juga selagi mana tiada fatwa setempat mengharamkan meskipun kita tidak minat dan selesa😊 Toleransi.