Terkini!!! Anak dara Shahrizat Jalil pula dilantik dalam GLC
Kekosongan jawatan lantikan politik negara terus diagih seolah ianya tidak akan habis. Mana yang punya hubungan iatimewa dengan pemimpin tertinggi kerajaan, berpeluanglah ia dilantik sekalipun langsung tiada kelayakan.
Pernah dibuat perbandingan jawatan menteri yang terdapat di beberapa negara terpilih. Sepeti diduga, Malaysia mendominasi kedudukan negara yang memiliki menteri paling ramai berbanding jumlah penduduk yang dimiliki.
Hari ini rakyat Malaysia sekali lagi dihidangkan dengan kisah lantikan jawatan GLC melibatkan anak pemimpin UMNO. Jika sebelum ini anak Zahid dilantik sebagai BOD di dalam SME Corp, kali ini anak Shahrizat Jalil pula dilantik menduduki BOD Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas.
Pelantikan itu diumumkan MDEC melalui laman rasmi FBnya kelmarin. Izzana merupakan anak bongsu dari tiga adik beradik dan berkelulusan Sarjana dalam Pentadbiran Awam, Harvard Kennedy School, Amerika Syarikat.
Semakan yang dibuat melalui internet mendapati suami Shahrizat dan 3 anaknya termasuk Izzana pernah terlibat menguruskan dana National Feedlot Corp. (NFC) sebanyak RM250juta, di mana ketika itu Shahrizat merupakan Ketua Wanita UMNO dan dilantik sebagai penasihat khas bertaraf menteri kepada PM Abdullah Ahmad Badawi selepas kalah mengejut kepada Nurul Izzah di kerusi Parlimen Lembah Pantai, PRU-12 lalu.
The Edge pada 2019 melaporkan Izzah Salleh antara mereka yang disaman bersama ayah dan 2 abangnya oleh Kerajaan Malaysia sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan bagi menuntut kembali sejunlah RM253 juta dana awam yang dianugerahkan bagi menguruaman program NFC sebelum ini.
Di bawah saman itu, kerajaan menuntut sebanyak RM253.62 juta, yang mewakili jumlah hutang NFC, dengan kadar faedah 2% bermula 1 Mei 2019.
Mereka didakwa menyalahgunakan dan menyeleweng penggunaan wang sebanyak RM188 juta daripada RM250 juta pinjaman yang diberikan kepada NFC oleh kerajaan pada Disember 2007 untuk membina dan mengendalikan pusat fidlot kebangsaan di Gemas, Negeri Sembilan.
Dalam laporan lain, The Edge juga telah mendedahkan pada Oktober lepas bahawa Izzah juga telah disaman oleh Maybank Singapore Ltd selepas didakwa gagal melunaskan dua kemudahan pinjaman perumahan untuk hartanah di Singapura bersama-sama ayah dan abangnya.
Menurut pernyataan tuntutan seperti yang dilihat portal berbahasa Inggeris itu, Maybank Singapore meminta penghakiman mahkamah berjumlah S$2.53 juta sebagai jumlah tertunggak di bawah kemudahan pinjaman yang masih harus dibayar oleh defendan dengan bank.
Bagi kemudahan pinjaman pertama, Maybank Singapore memberi pinjaman sebanyak S$4.37 juta pada 2009 kepada tiga defendan tersebut untuk membiayai pembelian pangsapuri mewah di Orchard Scotts.
“Bagaimanapun, ketiga-tiga defendan gagal membayar ansuran bulanan sebanyak S$7,225 dengan jumlah tertunggak sebanyak S$3.94 juta pada 22 Jun 2018, bersama dengan semua kepentingan yang terakru.
“Selepas kesemua defendan gagal membayar jumlah yang diminta itu, Maybank Singapore kemudian menggunakan haknya dengan mengambil semula dan menjual hartanah tersebut melalui lelongan pada harga S$3.2 juta,” menurut laporan berkenaan.
Penjualan itu bagaimanapun, tidak mencukupi untuk menyelesaikan keseluruhan baki tertunggak dan setakat 29 Disember 2020 sebanyak S$1.37 juta belum dijelaskan.
Jelas laporan itu lagi, bagi pinjaman hartanah kedua, Maybank Singapore memberi pinjaman berjumlah S$5.38 juta pada 2010 kepada dua defendan pertama untuk membiayai pembelian kondominium mewah di Marina Bay.
“Tetapi, sekali lagi, Mohamad Salleh dan Wan Shahinur Izran gagal melunaskan bayaran bulanan sebanyak S$8,700 dengan S$5.06 juta jumlah tertunggak setakat 4 Jun 2018 beserta faedah terakru,” katanya.
Maybank Singapore kemudiannya menggunakan haknya dengan mengambil semula dan menjual hartanah tersebuat melalui penjualan perjanjian persendirian dengan harga S$4.68 juta.
Namun, jualan itu gagal menampung jumlah tertunggak sedia ada dan setakat 29 Disember 2020, masih terdapat S$1.17 juta belum dijelaskan.
“Sehubungan itu, tuntutan itu mendakwa ketiga-tiga defendan telah gagal, tidak mengendahkan dan atau mengabaikan bayaran yang diminta, hingga mengakibatkan bank mengadili perkara tersebut melalui mahkamah Malaysia,” jelas laporan itu.
Dengan rekod saman yang masih belum selesai melibatkan Izzah Salleh ini, apakah merit yang diguna pakai dalam membuat pelantikan terhadapnya melainkan dia menggunakan kabel ibunya sebagai bekas pemimpin UMNO uang rapat dengan Ismail Sabri