Terkini!!! Artis serba boleh, Adibah Noor meninggal dunia

Terkini!!! Artis serba boleh, Adibah Noor meninggal dunia

Penyanyi popular yang juga finalis Gegar Vaganza 8 (GV8), Adibah Noor disahkan meninggal dunia hari ini.

Perkara berkenaan dikongsikan oleh pelakon Emylia Rosnaida menerusi Instagram miliknya.

“Allahuakhbar sedihnyer, terkejut dapat berita ni ..sahabat kita yg versatile Adibah Noor @adibahnoormohdomar , baru sahaja meninggal dunia,” tulisnya.

Difahamkan, menurut sumber arwah sudah menderita penyakit kanser, namun tidak dihebahkan kepada umum.

Malah, ada sumber lain yang menyatakan arwah menderita penyakit kanser Ovari tahap empat.

Sumber – KopiPlanet.com