Terkini!!! Azhar nafi sekat permohonan MP ubah kedudukan kerusi

Terkini!!! Azhar nafi sekat permohonan MP ubah kedudukan kerusi

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menafikan laporan sebuah portal bahawa beliau tidak membenarkan permohonan empat Ahli Parlimen Umno menukar tempat duduk sedia ada di Dewan Rakyat yang dikemukakan seminggu sebelum Dewan bersidang.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya laporan berita tersebut dan saya tidak pernah menerima apa-apa permohonan daripada Ahli Parlimen berkenaan.

“Saya anggap berita tersebut adalah satu pembohongan dan fitnah terhadap saya,” katanya.

Terdahulu, portal Malaysia Dateline melaporkan selain Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, empat lagi wakil rakyat Umno dikatakan meminta supaya kedudukan mereka di Dewan Rakyat dipindahkan ke blok bebas.

Sumber memberitahu Malaysia Dateline, keempat-empat Ahli Parlimen Umno berkenaan memohon pindah tempat duduk itu minggu lalu.

Mereka ialah Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk) yang juga presiden Umno, Ahmad Maslan (Pontian), Ahmad Nazlan Idris (Jerantut), dan Ahmad Jazlan Yaakub (Machang).

“Zahid, Mat Maslan, Jazlan, Nazlan sebenarnya minta sama (pindah tempat duduk) seminggu sebelum sidang (Dewan Rakyat).

“Tapi speaker tidak benarkan,” kata sumber itu memetik laporan portal berkenaan.

Sumber – FMT