Terkini!!! Benarkah dakwaan pembangkang, sidang parlimen dibuka tanpa perbahasan Titah DiRaja YDPA?

Terkini!!! Benarkah dakwaan pembangkang, sidang parlimen dibuka tanpa perbahasan Titah DiRaja YDPA?

Jadual kerajaan bagi sidang Parlimen seterusnya tidak wajar dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan atas empat sebab, dan Kabinet mesti memperbaikinya dalam mesyuaratnya esok, kata veteran DAP Lim Kit Siang.

Sebab pertama, katanya, tiada peruntukan bagi pembukaan Parlimen dengan titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong, yang akan menetapkan dasar-dasar kerajaan untuk tahun ini.

Yang kedua, kata Lim, sidang Dewan Rakyat selama lima hari, dan tiga hari bagi Dewan Negara tidak cukup bagi Parlimen untuk membahaskan titah berkenaan.

“Tahun lalu, perbahasan titah Diraja mengambil masa 15 hari di Dewan Rakyat, dan lapan hari di Dewan Negara.

“Bagaimana lima hari sidang di Dewan Rakyat dan tiga hari di Dewan Rakyat mencukupi untuk pembukaan semula Parlimen?” soal Ahli Parlimen Bandar Puteri itu dalam kenyataan.

Katanya, sebab ketiga adalah jadual kerajaan itu mencabuli Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukkan perisytiharan darurat dan ordinan dibentangkan di kedua-dua Dewan di Parlimen.

Menyentuh tarikh 3 Ogos yang dicadangkan untuk Dewan Negara bersidang, beliau berkata, ini juga bercanggah dengan Perlembagaan memandangkan darurat akan berakhir pada 1 Ogos.

Terakhir sekali, katanya, banyak isu-isu serius dan mendesak yang memerlukan perhatian dan perbahasan Ahli-ahli Parlimen, termasuk perubahan yang perlu dilakukan bagi memerangi Covid-19 dengan berkesan.

Katanya, terdapat keperluan mendesak bagi pendekatan dan strategi baharu bagi memerangi wabak dan perbahasan mengenai Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), yang sudah ketinggalan lapan bulan.

Beliau lega Muhyiddin Yassin tidak berdepan sebarang situasi yang “mengancam nyawa”, katanya, tetapi mempersoalkan mengapa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari hospital, tetapi bukan mesyuarat tergempar Jemaah Menteri agar Parlimen dapat bersidang secepat mungkin.

“Mesyuarat Jemaah Menteri esok patut memperbaiki jadual Parlimen bagi kedua-dua Dewan supaya dapat menepati Perlembagaan dan peraturan tetap kedua-dua Dewan,” katanya