Terkini!!! Bersatu sebulat suara namakan Azmin sebagai calon tunggal TPM
Kenyataan Media
Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 21 0 gos 2021 telah dipengerusikan oleh Presiden, YB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Yassin.
Dalam mesyuarat tersebut, seluruh pimpinan BERSATU menzahirkan rasa terima kasih kepada YB Presiden Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Yassin atas sumbangan dan jasa beliau memimpin negara sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7.
Dalam tempoh pentadbiran YB Presiden, Kerajaan Perikatan Nasional telah berjaya menjulang prinsip-prinsip urus tadbir kerajaan yang baik, telus serta berintegriti terutamanya dalam memelihara kebebasan badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang serta memacu negara dengan jayanya mendepani masalah Covid-19.
Mesyuarat yang diadakan turut memutuskan BERSATU memberi sokongan penuh kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Perdana Menteri Malaysia ke-9 bagi memimpin kerajaan hari ini. Dalam masa yang sama BERSATU ingin membuat ketetapan untuk mengusulkan dan menyokong calon tunggal dari parti ini, YB Dato’ Seri Mohamad Azmin bin Ali (Ahli Parlimen Gombak) untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Keputusan ini adalah sebulat suara dari BERSATU setelah mengambil kira faktor intergriti, pengalaman luas serta bebas dari unsur-unsur kleptokrat, BERSATU yakin dan percaya ini adalah gandingan terbaik bagi memastikan kerjasama utuh dan kerajaan dapat berjalan dengan lancar dan stabil.
BERSATU turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan parti komponen Perikatan Nasional yang setia dan istiqomah dalam mendokong serta mempertahankan aspirasi Kerajaan Perikatan Nasional, kita percaya bahawa kerajaan ini akan kekal utuh dan berfungsi sebaiknya untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat.
Sekian, Terima Kasih
DATUK SERI HAMZAH ZAINUDDIN
Setiausaha Agong
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) 22 0gos 2021
BERSATU . BERAMANAH . BERMARUAH