Terkini!!! DaddyCap buat kejutan umum sertai Pas malam ini
Personaliti kontroversi yang banyak terlibat mendedahkan kes perselingkuhan melibatkan kalangan agamawan, Caprice hari ini memberi bayangan bakal mengumumkan menyertai Pas malam ini.
Perkara tersebut dikongsikannya menerusi 3 perkongsiannya di laman Insta Story miliknya hari ini.
Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli baru-baru ini terlibat mendedahkan mangsa amang seks melibatkan seorang Pencetus Ummah terkenal tanahair.
Berang dengan pendedahannya, dia turut disindir PU Syed yang menuntutnya lebih sibukkan diri menjaga aurat isterinya yang tidak bertudung itu.
Sehubungan itu, dia memberi tempoh 24 jam kepada PU Syed untuk membuat permohonan maaf secara terbuka susulan pendakwah bebas itu mengaitkan nama isterinya dalam satu hantaran di Instagram miliknya.
Caprcie berkata, dia tidak akan berdiam diri selagi PU Syed tidak membuat permohonan maaf kepada isterinya.
“Selagi hang tak minta maaf dekat isteri saya, hang akan betul-betul bertemu dengan Tiger of AlQuds.
“Jangan sampai Cap terus bongkar rahsia-rahsia yang CAp simpan satu tahun. Confirm lagi kecoh satu Malaysia,” katanya.
Bagaimanapun, PU Syed difahamkan telah pun meminta maaf kepada Caprice tidak lama kemudian.