Terkini!!! Dakwa matlamat penubuhannya menyimpang, Pas ucap selamat tinggal kepada Muafakat Nasional

Terkini!!! Dakwa matlamat penubuhannya menyimpang, Pas ucap selamat tinggal kepada Muafakat Nasional

PAS hari ini menolak Muafakal Nasional (MN) yang ditubuhkan bersama Umno sebelum ini dan menyatakan komitmen untuk bersama-sama dengan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan beberapa hari selepas Perhimpunan Agung Umno yang menyaksikan parti Melayu itu memutuskan hubungan secara rasmi dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata, mereka menolak MN yang menyeleweng daripada matlamat asal.

“PAS menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat Muafakat Nasional yang asal. Matlamat untuk masuk ke medan perjuangan bagi membela umat dalam satu negara dengan melibatkan semua golongan atas asas Perlembagaan yang merdeka dan berdaulat,” kata Hadi dalam satu kenyataan hari ini.

“PAS mengajak semua kumpulan Islam untuk menyelamatkan negara dalam sebuah pakatan baru, PN bersama-sama dengan Bersatu yang berteraskan Islam memimpin dan berintegriti. Selain itu juga bersama golongan bukan Islam yang tidak ekstrem bagi menyelamatkan negara, tanpa menghabiskan masa.” – MN