Terkini!!! Darurat dijangka ditamatkan seawal Sabtu ini
Jepun merancang untuk menamatkan darurat COVID-19 di Tokyo dan beberapa wilayah lain Sabtu ini, sebulan sebelum temasya Olimpik bulan depan.
Kerajaan negara itu juga hanya akan membenarkan kehadiran 10,000 penonton atau 50 peratus daripada keluasan stadium yang menjadi venue temasya sukan itu.
Menteri bertanggungjawab mengenai hal-ehwal COVID-19, Yasutoshi Nishimura, berkata kerajaan akan melonggarkan sekatan di Tokyo dan beberapa sembilan wilayah yang lain.
“Kita akan berbincang dengan pakar perubatan mengenai hari ini berkaitan tindakan yang perlu dilakukan di wilayah yang ketika ini dikenakan tindakan darurat COVID-19,” katanya.
Beliau berkata, antara perkara dibincangkan termasuk melonggarkan sekatan bagi membenarkan restoran dan bar ditutup jam 8 malam, tetapi membenarkan menjual minuman beralkohol sehingga jam 7 malam.
Terdahulu, Tokyo dan beberapa wilayah lain di negara ini berada dalam tempoh darurat sejak 25 April lalu, dengan penutupan bar dan restoran lebih awal dan melarang penjualan minuman beralkohol.
Perdana Menteri, Yoshihide Suga dijangka mengadakan sidang media berkaitan perkara itu hari ini.
Sementara itu, media tempatan melaporkan, temasya sukan Olimpik itu mungkin hanya dibuka untuk penduduk tempatan selepas melarang kehadiran peminat sukan dari luar negara.
Keputusan itu akan dikeluarkan selepas mendapat nasihat daripada beberapa penasihat perubatan yang sebelum ini mencadangkan supaya temasya itu diadakan tanpa penonton, tindakan yang paling selamat bagi memerangi COVID-19.
Bagaimanapun, stesen media tempatan NHK melaporkan, peraturan baru mungkin akan dikeluarkan jika penonton dibenarkan hadir ke stadium.
Menerusi buku peraturan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang dikemas kini minggu ini, penganjur sukan itu memberi amaran kepada atlet bahawa mereka boleh diusir jika melanggar syarat seperti tidak memakai pelitup muka dan menjalani ujian saringan harian.
Penganjur juga menjelaskan lebih daripada 80 peratus atlet yang menyertai sukan itu akan divaksinasi dan mereka dilarang berinteraksi dengan penduduk tempatan. – AFP