Terkini!!! Didenda RM2000 kunjungi Pak Lah, warganet dakwa kelayakan Annuar Musa sebagai MP terbatal

Terkini!!! Didenda RM2000 kunjungi Pak Lah, warganet dakwa kelayakan Annuar Musa sebagai MP terbatal

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kompaun itu dikeluarkan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Kompaun dikeluarkan sebanyak RM2,000,” katanya ringkas melalui kenyataan pada Isnin.

Dalam kenyataan Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan pada Isnin memaklumkan Annuar telah menerima kompaun itu dan akan menjelaskannya secepat mungkin.

Kompaun itu adalah susulan kunjungan Annuar ke kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi di sini pada Sabtu.

Sumber – SinarHarian