Terkini!!! Gagal mohon permit polis, sidang khas media Ku Li terpaksa dibatalkan

Terkini!!! Gagal mohon permit polis, sidang khas media Ku Li terpaksa dibatalkan

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah perlu mendapatkan permit polis sebelum mengadakan sidang media yang dijadualkan pada pukul 3 petang esok di rumahnya di Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, di bawah prosedur operasi standard (SOP) sekatan pergerakan penuh, tiada sebarang perkumpulan dibenarkan sekalipun jumlah kehadiran dihadkan penganjur.

“Dia perlu mendapatkan permit polis,” katanya kepada MalaysiaNow.

Petang tadi, pembantu kepada veteran Umno itu menghantar jemputan kepada media berhubung sidang media Razaleigh yang dijadualkan esok.

MalaysiaNow difahamkan, jumlah wartawan yang menghadiri sidang media itu dihadkan kepada 10 orang bagi mengelakkan kesesakan.

Sidang media itu juga dijangka disiarkan secara langsung sama ada menerusi Facebook Live atau aplikasi Zoom.

Minggu lalu, Putrajaya menyambung fasa sekatan pergerakan penuh bermula esok  sehingga 28 Jun ini yang menyaksikan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi.

Fasa awal sekatan pergerakan penuh bermula pada 1 hingga 14 Jun.

Menurut laman sesawang Majlis Keselamatan Negara, apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan ketua Pengarah Kesihatan adalah tidak dibenarkan.

Sumber: https://www.malaysianow.com/berita/2021/06/14/ku-li-perlu-dapatkan-permit-polis-untuk-adakan-sidang-media-kata-kp-kesihatan/?utm_source=Telegram&utm_medium=Social

COMMENTS