Terkini!!! Gara-gara Facebook, MB Kedah kerugian RM65 ribu

Terkini!!! Gara-gara Facebook, MB Kedah kerugian RM65 ribu

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah menjatuhkan hukuman terhadap perbuatan fitnah yang dilakukan oleh MB Kedah terhadap MP Pokok Sena, Mahfuz Omar.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, YA Dato’ Mohd Arief Emran bin Ariffin berpuas hati dengan permohonan plaintif dan membuat keputusan memerintahkan Sanusi membayar RM50 ribu sebagai gantirugi kepada Mahfuz dan RM15 ribu lagi sebagai bayaran kos.

Selain itu, mahkamah juga mengarahkan Sanusi menerbitkan permohonan maaf di laman rasmi Facebooknya dalam tempoh 14 hari hukuman dijatuhkan.

Mahkamah juga bersetuju mengeluarkan perintaj sekatan menegah Sanusi dan/atau ejen-ejennya daripada menerbitkan kata-kata fitnah terhadap Mahfuz pada masa akan datang.

Perintah ini adalah susulan daripada tindakan Saman Fitnah oleh Mahfuz terhadap Sanusi yang difailkan pada 9/10/2019 berikutan satu posting Sanusi di facebook miliknya bertarikh 30/7/2019:

Posting yang dibuat Sanusi itu berbunyi:-

“Sejak jadi pemimpin PAN dan PH, dihadiahkan jawatan Timbalan Menteri, sensitiviti terhadap judi dan premis perjudian pun hilang, pudar bersama maruah dan kebolehpercayaan.

“Tukar parti saja kan – bukan tukar agama pun… kata mereka ituu mewajarkan pengkhianatan…

“Kini mereka berkhianat pula kepada pengundi mereka apabila bermudah-mudahan dengan kemasukan premis sport toto ke kawasan yang majoritinya adalah umat Islam…

“Talkinkan saja jiwamu, hiduplah dengan jasad yang makin kerepot.”

Tulisan facebook tersebut adalah rentetan daripada isu pemindahan pusat judi Sport Toto di Pokok Sena.

Perbicaraan kes telah berlangsung selama 1 hari pada 26/8/2021 yang lalu di mana 3 orang saksi telah memberikan keterangan.

Mahfuz diwakili Noorazmir bin Zakaria dan Nusaibah Nasir dari Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir.

Sanusi diwakili oleh Yusfarizal Yusoff dan Mohd Faizi Che Abu dari Tetuan Tengku Amalin & Faizi.

Sanusi yang baru sahaja dianugerahkan gelaran Datuk Seri sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang ke-79 merupakan pemimpin Pas terkini dihukum atas kesalahan fitnah selepas Razman Zakaria dan Roslan SMS.