Terkini!!! Grand Coalition’ diperluaskan kepada parti Umno

Terkini!!! Grand Coalition’ diperluaskan kepada parti Umno

PH telah memulakan proses rundingan kerusi bagi menghadapi PRU akan datang, kata pengerusinya Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, PH turut mengambil kira kerusi untuk parti-parti sekutu lain, termasuk cadangan yang dikemukakan Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (Upko).

“Majlis Presiden PH telah putuskan beberapa perkara, termasuk kerjasama jentera pilihan raya dan untuk memulakan rundingan kerusi melibatkan parti komponen PH terutamanya, dan juga mengambil kira peruntukan untuk parti rakan yang lain.

“Ada juga cadangan daripada Presiden Upk, Wlifred Madius Tangau dan ia akan diambil kira. Tetapi pada tahap ini, kita akan lantik seorang jurucakap,” katanya ketika sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Bagaimanapun, Anwar tidak mengulas lanjut berkenaan cadangan Upko, yang merupakan parti pembangkang tetapi tidak termasuk dalam PH.

Sidang media diadakan sempena pelancaran inisiatif baru PKR bagi membantu wanita yang berdepan masalah, sempena Hari Wanita Antarabangsa hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata rundingan kerusi antara parti komponen PH telah mencapai “peringkat selanjutnya” (advanced stage).

Pada tahap ini, mereka memberi tumpuan kepada parti dalam PH sebelum mengadakan perbincangan dengan parti pembangkang lain, katanya lagi.

Fahmi Fadzil

 

Kedua-duanya juga tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Umno dalam PRU akan datang.

Ia susulan keputusan Umno minggu lalu untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Bersatu pada PRU akan datang.

“Soal kerjasama dengan mana-mana pihak tak berbangkit setakat ini, walaupun kita jelas…kita dukung siapa saja yang boleh terima yang kita (PH) dukung tadbir urus yang baik, tolak rasuah, tolak segala bentuk penyelewengan dan salah guna kuasa dan jaga (hak) orang Melayu, Bumiputera dan semua kaum,” kata Anwar.

Fahmi ketika ditanya media pagi ini pula berkata, kerjasama seumpama itu tidak mustahil dan pernah dilakukan PKR sebelum ini.

“Saya rasa itu bukan perkara mustahil, tapi garis panduan yang diberikan, contohnya oleh Anwar, sangat jelas.

“Kita ada prinsip dan pegangan dan tidak akan melanggarnya. Kita boleh kerjasama dengan semua pihak.

“Malah sebelum ini kita kerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad, dan (kerjasama seumpama itu) perlu berlandaskan prinsip dan pegangan,” katanya lagi.

Malaysiakini turut bertanya berkenaan insiden mutakhir ini, berkenaan persamaan dalam kenyataan media yang dikeluarkan PH dan BN.

Berikut adalah jawapan Fahmi: “Saya tak nafikan ramai berasa gusar melihat ada perenggan yang serupa, dan orang yang paling gusar sekarang ini adalah Annuar Musa.

“Dia yang paling terkesan sebab saya rasa dia mungkin risau hilang jawatan,” katanya. – MK