Terkini!!! Guandee Kohoi dilantik Timbalan Menteri Pelancongan

Terkini!!! Guandee Kohoi dilantik Timbalan Menteri Pelancongan

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dijangka menerima seorang timbalan menteri baharu.

Setiausaha Agung Parti STARSABAH, Senator Datuk Guandee Kohoi dijadual mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri bagi kementerian itu esok.

Guandee telah dilantik menjadi Senator pada 16 Disember lalu.

Memetik laporan Bernama, majlis angkat sumpah itu akan berlangsung pada jam 10.30 pagi di Istana Negara.

Terdahulu, jawatan tersebut disandang oleh Presiden Parti STAR Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang kemudiannya meletak jawatan apabila dilantik sebagai timbalan Ketua Menteri II Sabah.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai kabinet yang besar iaitu seramai 32 menteri dan 38 timbalan menteri. – Utusan