Terkini!!! Hakim benarkan pindaan tarikh baru Najib ke Singapura

Terkini!!! Hakim benarkan pindaan tarikh baru Najib ke Singapura

Mahkamah Tunggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan bekas perdana menteri, Najib Razak untuk meminda tarikh pelepasan sementara pasportnya, yang membolehkannya ke Singapura selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November, seperti dilaporkan portal MalaysiaNow.

Najib pada mulanya memohon pasportnya dikembalikan dari 20 Oktober hingga 22 November untuk menemani anak perempuannya, Nooryana Najwa yang akan melahirkan anak keduanya.

Bagaimanapun, beliau kemudian memohon tarikh pelepasan pasportnya dipinda kepada 25 Oktober dan 6 Disember, mengatakan perlu membantu jentera pilihan raya Umno untuk PRN Melaka.

Menurut The Malaysian Insight, beliau kini akan berlepas ke Singapura sehari selepas PRN dan kembali pada 5 Disember depan.

Laporan itu juga berkata kelulusan permohonannya diberikan oleh tiga hakim Mahkamah Tinggi secara berasingan.