Terkini!!! Hakim Besar Malaya positif Covid-19

Terkini!!! Hakim Besar Malaya positif Covid-19

Hakim Besar Malaya, Azahar Mohamed dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh selepas dijangkiti Covid-19, lapor The Edge Markets.

Tugas Azahar pada masa ini dipangku oleh hakim kanan Mahkamah Persekutuan Kanan, Mohd Zawawi Mohd Salleh.

Portal itu melaporkan, ia berdasarkan sepucuk surat dari Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat bertarikh 22 April yang menyatakan bahawa Zawawi akan memegang jawatan itu sehingga Azahar pulih.

Azahar dilaporkan tidak mendengar kes sejak minggu lalu.

Laporan itu juga mendakwa beberapa kakitangan mahkamah di Putrajaya juga telah dijangkiti Covid-19, walaupun setakat ini kebanyakannya belum dimasukkan ke hospital.

Malaysiakini telah menghubungi pejabat ketua pendaftar mahkamah untuk mendapatkan respons dan sedang menunggu jawapan. – MK