Terkini!!! Hishamuddin yakin peroleh sokongan cukup jadi PM tanpa libatkan parlimen

Terkini!!! Hishamuddin yakin peroleh sokongan cukup jadi PM tanpa libatkan parlimen

Parlimen patut bersidang semula, namun gesaan bagi pembukaan semulanya tidak boleh dijadikan alat pemuas nafsu politik sesetengah individu, kata Menteri Luar Hishammuddin Hussein.

Beliau bersetuju secara prinsipnya bahawa Parlimen penting sebagai ruang semak dan imbang kepada kerajaan, namun negara memerlukan kestabilan politik dahulu.

“Kestabilan ini mungkin membolehkan Parlimen dibuka semula. Kestabilan ini juga mungkin akan memberikan hak kepada Ahli-ahli Parlimen untuk bertanya soalan dan kerajaan untuk menjawab ketika sesi persidangan.

“Tetapi yang paling mustahak kestabilan ini mestilah tidak dirampas,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, rakyat tidak sepatutnya sekali lagi diheret ke dalam “kancah perebutan kuasa”, sambil menggesa agar kestabilan dikekalkan sekurang-kurangnya sehingga wabak Covid-19 berakhir.

Katanya, Ahli-Ahli Parlimen yang kuat mendesak agar Parlimen kembali bersidang mesti mengambil tanggungjawab bersama bagi memastikan persidangan seterusnya nanti dimanfaatkan sepenuhnya demi kepentingan rakyat.

Semua parti patut menyokong Pelan Pemulihan Negara yang dikemukakan kerajaan, katanya, kerana kejayaannya bergantung kepada kerjasama semua pihak mencari jalan keluar daripada wabak.

Hishammuddin turut menzahirkan kekecewaannya terhadap segelintir individu yang “menyerangnya” secara peribadi dengan pelbagai tuduhan dan fitnah. Negara sedang melalui detik getir, ini bukan masanya untuk mempolitikkan semua isu, katanya.

“Penyebaran berita palsu telah menjadi amalan politik di negara kita,” kata Hishammuddin.

“Fitnah hanyalah bertujuan mengganggu serta mengalih perhatian dari perbincangan tentang bagaimana untuk memacu negara ini ke arah yang lebih baik.”

Beliau menyeru agar ahli-ahli politik daripada kedua-dua belah pihak mengamalkan “pembaharuan dalam berpolitik”, di mana mereka boleh menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka di sini untuk berkhidmat.

Kata beliau lagi, kerajaan perlu diberi ruang untuk membuat pertimbangan serta merancang kaedah dan proses Parlimen hibrid, demi memastikan setiap prosiding berjalan lancar.

“Sebagai Anggota Parlimen, sama ada menjadi lebih baik atau lebih teruk, ia bergantung kepada kita – untuk bersama-sama bertanggungjawab terhadap apa yang bakal terjadi di sesi berikutnya.

“Kita harus menunjukkan kepada rakyat bahawa kita berada di sini demi kepentingan mereka dan bukannya cita-cita peribadi.

“Saya tidak nafikan pembangkang berhak mengkritik, tetapi kecelaruan politik tidak akan diterima oleh rakyat terutamanya di saat-saat yang sukar ini,” katanya.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/16/parlimen-tidak-boleh-diguna-untuk-rebut-kuasa-kata-hishammuddin/