Terkini!!! Identiti ADUN Perak positif dadah dikenal pasti
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dikatakan ditahan selepas didakwa positif dadah susulan serbuan ke atas sebuah kelab malam di Perai, semalam.
Sumber polis memberitahu ADUN berkenaan ditemui bersama 35 yang lain di kelab malam itu, dedah portal akhbar FMT.
Difahamkan ADUN itu dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk permohonan perintah reman.
Keputusan prosiding reman masih belum diketahui, namun difahamkan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya.
Sementara itu, menurut sumber yang rapat di kalangan ADUN berkata, ADUN yang berusia 50an itu telah menang bertanding pilihanraya selama 2 penggal.