Terkini!!! Identiti YB Kelantan di’scam’ RM85 ribu terdedah
Semalam, negara digemparkan dengan berita seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) di Kelantan mengalami kerugian RM84,529 selepas diperdaya dengan muslihat sindiket Macau Scam, kelmarin.
Mangsa hanya menyedari dia ditipu pagi semalam apabila hadir ke Bank Islam dan Bank Muamalat untuk menyemak baki akaun selain membuat kad bank baru.
Namun sehingga kini, pihak media mahupun pihak urus setia kerajaan negeri Kelantan enggan mendedahkan identiti mangsa.
Akhirnya, tugas siasatan terpaksa diambil alih pihak netizen bagi memuaskan hati pennguna media sosial setelah begitu banyak persoalan yang dibangkitkan bertanyakan siapakah mangsa tersebut.
Berdasarkan maklumat umum laporan media semalam, mangsa dimaklumkan berusia 56 tahun. Dengan sedikit maklumat yang diberikan itu, sedikit sebanyak ianya membantu memudahkan tugas netizen dalam mengenalpasti mangsa yang dilaporkan.
Dalam carian pantas netizen melalui bantuan enjin carian Google, mereka akhirnya berjaya menemukan mangsa yang terlibat menjadi mangsa scammer tersebut.
Mangsa yang dimaksudkan ialah Yang Berhormat Dato’ Panglima Perang, Haji Mohd Nasuruddin Daud, ADUN Meranti yang juga merupakan EXCO Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan.
Menurut tangkap layar yang disertakan meenerusi pelantar Wikipedia, Nasuruddin Daud dilaporkan berusia 56 tahun.
Jika benar beliaulah mangsa scammer yang dimaksudkan, maka tentulah rakyat Kelantan begitu malang mempunyai seorang wakil rakyat yang mudah ditipu.