Terkini!!! Idris dan 3 ADUN bebas umum sertai PH

Terkini!!! Idris dan 3 ADUN bebas umum sertai PH

Teka-teki mengenai status empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang menarik sokongan terhadap Ketua Menterinya terjawab sebentar tadi.

Ini kerana keempat-empat mereka menetapkan tekad untuk bersama-sama Pakatan Harapan (PH) bagi bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November depan.

“Saya dan rakan-rakan saya bagai orang mendatang, kami tidak mahu jadi melukut di tepi gantang, masuk tak menambah, keluar tak berkurang.

“Kami faham parti ini sudah ada orang, kami tidak mahu berbicara, kami serahkan nasib kami kepada PH Melaka dalam PRN akan datang,” kata Datuk Seri Idris Haron.

Idris dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan, ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dilihat hadir dalam pertemuan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama ahli-ahli gabungan itu di sebuah hotel di bandar Melaka, sebentar tadi.

Sumber – MalaysiaGazette

COMMENTS