Terkini!!! Jumpa mayat terputus dua, kes terbaru dikaitkan bunuh diri dicatat dalam negara

Terkini!!! Jumpa mayat terputus dua, kes terbaru dikaitkan bunuh diri dicatat dalam negara

Pekerja pembersihan di sebuah kondominium di Relau di sini, hari ini, dikejutkan dengan penemuan mayat lelaki dalam keadaan badannya terputus dua.

Mangsa dipercayai terjun daripada tingkat 26 kondominium berkenaan susulan penemuan seliparnya di lokasi itu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat mangsa, 8.58 pagi.

“Anggota polis yang tiba menemukan mayat mangsa dalam keadaan badannya terputus dua di tingkat enam kondominium itu.

“Kita tidak menolak kemungkinan mangsa terhentak pada batu ruang tanaman bunga ketika terjatuh menyebabkan badannya terputus dua.

“Siasatan masih dijalankan termasuk mengenal pasti identiti serta motif kejadian,” katanya.

Difahamkan, identiti mangsa belum dikenal pasti namun mangsa adalah warga tempatan susulan parut suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG).

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk proses selanjutnya.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/718605/jumpa-mayat-terputus-dua