Terkini!!! Keputusan undian Speaker baru Dewan Rakyat bukti dakwaan Muhyiddin terima 115 sokongan SD hanya dongengan

Terkini!!! Keputusan undian Speaker baru Dewan Rakyat bukti dakwaan Muhyiddin terima 115 sokongan SD hanya dongengan

Bekas Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun selepas memperoleh undi sokongan tertinggi dari Ahli-Ahli Dewan Rakyat, pagi ini.

Memetik Berita Harian, Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin ketika mengumumkan keputusan itu memberitahu, Johari memperoleh sokongan 147 undi, sementara seorang lagi calon yang juga bekas Ahli Parlimen Kangar, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad memperoleh 74 undi.

Usul pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu dibuat sebaik sahaja Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 bersidang jam 10 pagi ini.

Pada proses pengundian itu, setiap Ahli Parlimen diberi satu kertas dan mereka perlu menulis nama calon yang disokongnya, sebelum kiraan undi dibuat.

Sementara Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin pula mencadangkan Mohd Radzi sebagai Speaker sebelum disokong Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Sebelum ini, Azhar Azizan meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat berkuat kuasa 18 Disember setelah menyandang jawatan sejak 13 Julai 2020.

Johari pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Biro Tata Negara (BTN) selain mempunyai ijazah sarjana dalam Pengajian Strategik dari University of Lancaster.

Beliau menjadi Ahli Parlimen Sungai Petani sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, namun mengambil keputusan tidak bertanding pada PRU15 lalu, dengan kerusi lamanya kini disandang anaknya, Dr Taufiq.

Sebelum itu, pemimpin kanan PKR itu pernah mencuba nasib bertanding di Parlimen Sungai Petani pada PRU 1999 dan Pilihan Raya Umum 2004 bagi DUN Bakar Arang tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional (BN).

Semalam, beliau juga mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun berkuat kuasa serta-merta melalui sepucuk surat yang dikirim bertarikh 13 Disember lalu.