Terkini! Kerajaan sah bayar Bantuan Khas Kewangan-BKK 2023 pada 17 Januari ini

Terkini! Kerajaan sah bayar Bantuan Khas Kewangan-BKK 2023 pada 17 Januari ini

Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 untuk penjawat awam dan pesara kerajaan akan dibayar pada 17 Januari ini.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), bantuan khas RM700 akan dibayar kepada pegawai perkhidmatan awam dari Gred 56 dan ke bawah.

Sementara itu, bantuan khas RM350 akan dibayar kepada pesara yang kini menerima pencen dan penerima pencen yang dikeluarkan.

Turut menerima bantuan khas RM350 ialah pesara Perkhidmatan Awam Skim KWSP serta veteran berpencen dan tidak berpencen.

JPA memaklumkan bahawa mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi melalui emel di : [email protected].