Terkini!!! Kes positif kembali melonjak lepasi 6 ribu, 107 kematian dicatat hari ini

Terkini!!! Kes positif kembali melonjak lepasi 6 ribu, 107 kematian dicatat hari ini

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 6,437 kes baharu Covid-19 dengan 107 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 62,844 kes aktif dan 905 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 455 memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, jumlah jangkitan kini adalah 745,703 manakala kes sembuh pula 5,298 dengan 677,751 jumlah kumulatif.

Sementara itu, sebanyak 107 kematian dicatat menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini 5,108.

Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,299 kes.

Diikuti Kuala Lumpur (1,361), Negeri Sembilan (700), Kedah (284), Johor (271), Melaka (252), Pahang (250), Sarawak (242), Perak (184), Sabah (178), Kelantan (131), Labuan (117), Pulau Pinang (115), Putrajaya (32) dan Terengganu (21).

Perlis tidak merekodkan kes baharu hari ini.

Hisham berkata, 107 kes kematian melibatkan 43 kes di Selangor, 16 kes di Negeri Sembilan, 11 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing tujuh kes di Kedah, dan Melaka, enam kes di Johor.

Selain itu, masing-masing empat kes di Sabah, Kelantan, dan Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing dua kes di Sarawak dan Pahang, serta satu kes di Terengganu.

“Kes kematian itu membabitkan 99 warganegara dan lapan orang bukan warganegara.

“Korban termuda berusia 34 tahun manakala paling tua berusia 92 tahun dengan majoritinya mempunyai sejarah penyakit kronik seperti, Lupus, kencing manis, jantung, darah tinggi, buah pinggang, obesiti dan strok,” katanya.

Sumber : FMT